Sunday, August 14, 2011

SENI DALAM BAHASA

Ada orang kata seni itu indah...indah pada mata, pada tulisan, pada tutur bicara atau apa saja...seni banyak cabangnya...pada lukisan, pada warna, pada arca, pada bicara...dan hari ni aku nk fokuskan seni dalam bahasa..."Bahasa Melambangkan Bangsa"..pada aku xsalah penyataan tu...sebagai orang melayu aku bangga berbahasa Melayu dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu...

Bila tonton filem-filem Melayu dulu n Hikayat Merong Maha Wangsa aku sedikit teruja mendengar gaya bahasa yang cukup indah dan puitis dituturkan oleh pelakon-pelakon dalam filem tu...pada aku,ayat-ayat dan bahasa yang digunakan amat mendamaikan dan membuaikan...aku terpesona seketika dan hatiku rawan xterkata...masih terngiang2 lagi di halwa telingaku sepotong ayat dr filem Hikayat Merong Maha Wangsa "bila masa tibanya waktu,redup hati kaum berdua,bila dua jasad bersatu,hidup mati jadi bersama"...ayat yang cukup terkesan dalam hati aku sampai hari ini...

Kini, sudah hampir 4tahun aku mengajar subjek bahasa Melayu menengah rendah walaupun bahasa Melayu bukanlah option ku...banyak yang aku belajar tentang bahasa Melayu...dan hari ni aku nak kongsikan beberapa frasa-frasa puitis yang padaku sangat menarik untuk diaplikasikan sama ada dalam penulisan atau dalam perbualan harian....sumber ni aku dapat daripada buku "Bunga-bunga bahasa untuk Penulisan"...aku ucapkan terima kasih pada kak lin, orang yang mula-mula perkenalkan aku pada kewujudan buku ni..


Bahasa Kiasan

-abu senja melayang menyalut mangkuk malam

-air mata mencurah-curah dari tubir matanya

-ada simpati yang bertunas di hati

-aku berasa bagai tercampak ke gurun tak berorang

-aku cuba mengumpulkan rindu dan membawanya pada musim-musim persuaan

-aku terjerumus ke alam fantasi yang menggetarkan setiap inci hatiku

-aku mengujarkan kata dengan lembut tapi penuh makna

-baik-baik meniti kaca, kalau pecah kaki terluka

-bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman

-bagaimana aku harus menterjemahkan kegembiraanku

-dalam sinar bulan, puncaknya seolah-olah menyapu awan dan menujah langit

-di permatang itu, dia berdiri merenung kaki langit sambil meramahi angin kering sawah terbentang

-di tengah lautan manusia dia menghuni pulau kesepian

-dingin yang mencengkam urat-urat saraf tanganku menghadiahkan sentakan yang halus

-duka bersepah di sepanjang lorong hidupku

-dilaungkan keriangan itu agar seluruh sarwa alam tahu bahawa dia terlalu gembira

-embun telus mencerminkan rona-rona kesegaran hijau yang masih mentah

-gambaran yang muncul kian memabukkan perasaannya

-hanya sisa-sisa semangatnya yang dapat meredah kegetiran hidup

-hari-hari baruku berlangsung amat lambat sekali

-hatiku seperti dipajakkan padamu, dan mungkin tidak dapat kutebus kembali

-hidup di birai waktu

-kenangan pedih mengisi liang ingatan

sekadar renungan bersama: "bahasa itu seni, dan sesungguhnya seni itu indah, terpulang pada kita bagaimana cara kita mengindahkan lagi seni dalam bahasa...."

Tuesday, August 9, 2011

DURIAN KEBUN NENEK TIRAM

2hari sblum puasa, aku, mak n ridz berkejaran balik ke kampung...bukan sbb ada hal2 urgent atau benda2 pelik telah berlaku,tpi balik kampung kali ni sbb ada misi & agenda khas yg tersurat lagi tersirat...hehe..mau kutip durian kt umah nenek...hehe..Alhamdulillah,tercapai gak hajat...

Sampai je kt felda sungai tiram dalam kol 6 lebih..dptla tgok muka atok n nenek yg dh lama aku xjmpa ni...dh berbulan2 rsenya aku xberkesempatan mnjengah atok n nenek kt kg...busy bebenor dgn kerja2 kt sek..ampun dan maaf kupinta..rindu yg menyengat dan menusuk ke dalam kalbu...atok dan nenek kesayangan msih ttp sama..apa yg berbeza,hanya garis2 kedutan smakin bertambah pada wajah yg semakin dmamah usia..nenek tampak gagah lagi,berjalan sana sini bagai lipas kudung,tpi atok dh semakin uzur,jalan pn dh xsegagah dan secergas dulu,dgn tongkat yg setia menemani d tangan...

Lpas je solat asar,aku mula meninjau2 belakang umah nenek..kebiasaan yg biasa aku lakukan tatkala sampai umah tok nenek..tgok2 dh ada durian nenek sorok kt dapur kayu,siap tutup dgn alas lagi...haha...nenek kata mmg simpan utk anak cucu datang...kwang2..mak aku ptg tu gak g trun kt kebun belakang cri durian gugur..jumpala 3 biji kot...rezeki2...

Esoknya,lepas subuh aku tidur balik jap...lpas 10-15 minit aku bangun basuh muka n menjengah ke luar rumah...suasana pagi d kampung yg sungguh nyaman dan mendamaikan...kesejukan udara pagi seolah2 menggigit tulang-temulang dan membekukan hampir seluruh sistem sarafku..mau beku otak..hehe...fresh bebenor...aku mulai melangkah keluar mencapai topi keledar kuning n kasut but atok ku...sebagai langkah berjaga2 dan lebih utama sebagai perisai dan pelindungku andainya tiba2 tanpa ku sedar ada buah durian yg cuba menimpa sekujur fizikal ini...hal ini lantaran nenek baru bercerita padaku semalam seinci telinganya hampir dicecah oleh sebiji durian yg baru gugur...Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesihatan yg baik buat nenekku...kalaulah terjadi apa2 semalam,x ke keruan anak2 dan cucunya yg lain...

Misi diteruskan...ditemani bondaku,kami berjalan menyelusuri semak samun di belakang rumah menghampiri pohon2 durian yang merimbun dan sarat dengan buah yg bergayut2 pada dahannya...tup,jumpa sebiji durian...pencarian diteruskan lagi....langkahku kini beralaih ke pohon durian seterusnya...walaupun sudah memakai alat2 keselamatan, sekali sekala jantungku berdegup kencang juga memikirkan andainya tiba2 ada durian yang gugur secara mengejut lalu menyinggah kepala atau kakiku..atau lebih parah,tiba2 muncul kepala ular cuba memberi salam perkenalan...Alhamdulillah,tiada sebarang perkara xdiingini menyinggah langkah kami berdua...pagi tu,kami hanya dapat mengutip 4-5 biji durian...ok la tu...

kami bersarapan nasi goreng buatan mak n menjamah beberapa ulas durian...dalam jam 9,aku mengajak adikku ridz main badminton...lama xmain dgn dia...dengan mengambil port depan umah di kawasan yg baru ditarahkan,kami layan badminton lebih kurang 20-30 minit...tgok macam syok main,mak pn join sama,tapi xlarat la nk kejar bola sana sini mcm dulu lg..

Dalam jam hampir pukul 10pagi,kami bersiap pula utk ke kebun nenek di Madus...perjalanan hampir 10 minit dr rumah...sudah bertahun aku xmenjengah kebun nenek ni...seingat aku,masa zaman aku kecik2 dulu je aku pernah sampai sini..pastu dh besar2 ni,slalu rse malas nk g...xtau nape,hari tu tiba2 perasaan dan keinginanku meluap2 nk tgok rupa kebun nenek skrg....wah,dh besar rupanya pohon2 getah nenek,pohon2 durian,limau kasturi,bacang dll...masa sampai tu,pak usuku sdg menoreh getah...part time yg pak usu bt time2 cuti...berbaloi juga menoreh ni..2 hari toreh je,boleh dpt dlm RM100..ktorg menjengah pondok yg atok buat d kebun nenek..ada plak pak abu n 2org budak muda..jengah2 dalam pondok,terkejut beruk aku bila tengok byknya durian..pak abu ckp sume ni kutip dr kebun nenek...hmm,mmg syok bila makan durian dlm kebun durian...




















Saturday, July 30, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Alhamdulillah,bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kunjung jua...Bulan yang penuh keberkatan,rahmat...Bulan di mana umat Islam akan melipat gandakan amal ibadah..Bulan di mana kita bertemu dgn solat terawih,moreh,majlis khatam Al-Quran...dan yang paling penting,dlm bulan Ramadhan lah terdapat lailatulqadar....x sume org dpt bertemu dgn malam ini...oleh itu, marilah kita sama2 memanfaatkan bulan yg dtg setahun sekali ini dgn sebaik2nya....

KELEBIHAN RAMADHAN

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-