Wednesday, September 1, 2010

"MELAYU, BANGSAKU TERCINTA"


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak
Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun,Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segalanya kehilangan
Melayu itu kaya falsafah
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka

"Karya Dato' Dr. Usman Awang "

Thursday, August 26, 2010

CERITA DI SEBALIK GAMBAR









satu bukti keindahan ciptaan Allah ialah ats makhluknya yang bernama kanak2..aku suka lihat n memerhati reaksi kanak2...mereka ni comel,manis,kecil,lincah,cilik n suci sesuci embun pagi...apatah lagi apbla kita mendalami jiwa anak2 ini...tentu kita dapat membaca apa yg tersirat jauh d sudut hati mereka..walaupun belum petah berbicara,namun segala keletah n aksi2 mereka menggambarkan keinginan hati mereka..mereka sedih,menangis,suka,ketawa,geram,marah semuanya diungkapkan menerusi air muka,tingkah dan perbuatan...hmmm,gambar2 kt atas ni aku shoot menerusi lensaku tanpa anak2 ini sedari...abang dan adik...masing2 khusyuk sdg memebersihkan kaki yg diselaputi pasir stlh mandi di air terjun...mana taknya,makcik mereka mengerah spy mereka membersihkan kaki sebelum berani menjejakkan kaki ke lantai kereta viva kesayangan makciknya..hehe,best gak layan keletah budak2 ni...riang n ceria,mcm xde masalah je..tp,nakalnya hanya Tuhan saja yg tahu...hehe

Thursday, August 19, 2010

PERLAMBANGAN @ SIMBOLIK D SEBALIK GAMBAR


"masa depan

"sayang adik"

"panas terik"

"mana umi ni?"

"senja yang syahdu"

"menuju ke destinasi"

"nur kasih"

"pengembala kecil"

"mendung berarak"

"kalau takut dilambung ombak,usah berumah di tepi pantai"

"hatiku dihempas badai"

"lately,aku ada baca satu buku berkaitan ttg fotografi...penulis tu kata satu2 gambar tu akan jadi lebih bermakna sekiranya kita meletakkan kata kunci tentangnya..dengan bahasa yg lebih indah ialah apabila kita memberi simbolik dan melambangkan gambar itu dgn sesuatu unsur lain..kita selalu mentafsirkan sesuatu perkara secara tersurat,namun jarang melihatnya daripada sudut atau perspektif tersirat..kadang2 luahan secara tersirat akan memberi kesan lebih mendalam dalam jiwa...satu contoh yg penulis tu sebut dalam bukunya.gambar sepasang kekasih sekiranya kita memberi kata kunci "pasangan" ia kurang sesuai..cuba kita simbolikan frasa tersebut kepada "merpati dua sejoli",lebih simbolik dan lebih terkesan kan?"apa pendapat korang dengan kata kunci yg aku letakkan dlm gambar2 kt atas?korg rasa sesuai x?