
jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan

jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda

janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad

jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua

jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Al-marhum

janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...
selamat bermuhasabah....