Saturday, April 23, 2011

KAMI

di sini kami bertemu,
di sini kami bersua,
di sini kami berbicara,
di sini kami bergurau senda,
di sini kami menangis,
di sini kami meluah rasa,
di sini kami berbalah,
di sini kami bertengkar,
di sini kami berdamai,
di sini kami menghimpun sejuta kenangan bersama,
di sini kami menganyam sejuta rasa bersama,
di sini kami menyulam sejuta warna bersama,
andai ditakdirkan kami terpisah,
andai ditakdirkan kami berjauhan,
andai ditakdirkan kami pergi,
pastikan memori suka duka kami tersemat di kolam hati selamanya,
pastikan momen-momen indah kami terukir di kanvas kasih sayang,
kami pasti,
kami yakin,
persahabatan kami pasti berkekalan selamanya...
Insya Allah...

QUICK SELECTION TOOL + FILTER + DIFFUSE GLOW (ADOBE PHOTOSHOP)


miss ela:pic before


miss ela:pic after (using quick selection tool + diffuse glow)


zairul & azillah:pic before


zairul & azillah:pic after (using quick selection tool+curves+black n white+filter)


tina, rozita & qiroh:pic before


tina, rozita & qiroh:pic after(using diffuse glow)


mia sara & baizura:pic before


mia sara & baizura:pic after(using quick selection tool+duffuse glow

Simple learning today from adobe photoshop.Using quick selection tool,filter,diffuse glow etc....

Sunday, April 17, 2011

BLACK + WHITE IN LIFE





x semua yg kita impikan menjadi realiti,
x semua yg kita angankan menjadi kepastian,
dan x semua yg kita bayangkan merupakan fantasi...

kita adalah kita,
berdiri di atas kaki sendiri,
jatuh tersungkur bangkit semula,
walau jenuh menongkat kaki...

hidup penuh ranjau,
onak duri tidak bertepi,
bertali arus badai menerpa,
berpusu-pusu serakah menerkam...

putih yg kita harapkan,
hitam yg dtg menjelma,
kesenangan yg kita bayangkan,
kedhaifan yg dtg berganda,

kita adalah kita,
jangan jadi org lain,
bertindaklah seperti kita,
berkelakuanlah mengikut kita...

ikut hati mati,
ikut rasa binasa...

padamkan bara dendam,
sejukkan panas hati,
redakan gelora jiwa,
susutkan kemuncak baran...

hidup tidak selalu indah,
langit tidak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,
itulah lukisan alam...

ITULAH HITAM PUTIH KEHIDUPAN....

(ingatlah selalu padaNYA, rindulah selalu padaNYA, cintalah selalu padaNYA, DIA tempat kita bergantung, DIA tempat kita mengadu, DIA tempat kita meluahkan kesedihan, DIA Maha Mendengar, DIA MAha Mengetahui, DIA Maha Mengasihani)...

aku yang sdg lara;
nas sempoi....

Sunday, April 10, 2011

MENTARI PAGI MULA MENYINAR










gambar2 ni aku shoot sekitar jam 7.30-8.00 pagi...xguna dslr pn....guna camera kt hp je...pastu edit ckit2 kt photoscape...tu yg gmbar xbpe cntik...kisahnya,pagi tu lpas perhimpunan,aku g pejabat jap nk amik lesson plan...tiba2 kepalaku tertoleh ke dada langit dan mataku terpandang cahaya indah yg menghiasi dada langit pagi itu...Subhanallah cantiknya ciptaan Allah...apabila mentari pagi mula memunculkan diri di celah2 dada langit dan kadang2 dilitupi keluk2 awan,aku jadi terpana....kagum sungguh dgn keindahan tuhan ini...xpa melengahkan masa,aku keluarkan hp lalu tertembaklah gambar2 ni...pastu,masa nk naik kelas tingkat 3,aku nmpak lg jelas mentari pagi tu...apalagi,tembak bt kali ke-2...budak2 tgok pn pelik..apala yg ckgu ni tgah bt ye...tgok matahari pn jakun...layankan je la...hehe...moh layan puisi kt bawah ni;

Secerah Mentari Pagi

Memandang langit nan indah
Menikmati ciptaan Sang Maha Pemurah
Ucapan syukur menghias lidah
Berharap kan bisa selalu terarah

Terik mentari di pagi hari
Menghibur jiwa yang sunyi
Cahanya semerbak menyinari hati
Berusaha temukan cinta sejati

Hatiku kini tak lagi pilu
Terbuai dunia yang menipu
Kuberharap ini kan bersemi selalu
Demi mengharap cinta Dzat Yang Maha Tahu

Kuberharap hatiku kan secerah mentari
Bisa menerangi hati hati yang sunyi
Membangunkan jiwa jiwa yang sepi
Menggapai redha ilahi

sumber puisi: http://www.gudangpuisi.com/2009/10/secerah-mentari-pagi.html

Saturday, April 2, 2011

HAKIKAT SEMALAM, HARI INI DAN ESOK



Semalam adalah kenangan,
Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah impian...

Hari ini boleh menjadi semalam,
Esok sudah tentu menjadi hari ini,
Namun semalam, tidak akan menjadi hari ini dan esok,
Kerana lumrah alam, masa tidak akan dapat diulang kembali

sekadar renungan bersama

SUNGAI LUI- adakah sekadar lrik pada lagu?


Lirik lagu Sungai Lui-Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini


Sejarah Kg.Sungai Lui

Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.

Mengikut kata orang tua , nama Sungai Lui diambil sempena dengan nama orang asli (LUI) yang mula-mula mendiami kampung ini. Pada 1900an, peneroka tanah dari Bukit Nanas, Seputeh, Subang dan Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur telah diarahkan berpindah oleh kerajaan kerana ingin menjadikan kawasan tersebut kawasan bandar. Penghulu Mukim Hulu Langat ketika itu, Encik Abdul Jalil telah membawa mereka ke Hulu Langat untuk dijadikan kawasan penempatan baru. Di sini mereka telah berpecah dengan menetap di Semungkis, Pansoon dan Sungai Lui.

Ketika itu, pedagang Cina juga datang untuk membijih di sungai sungai dengan mendulang. Terdapat juga cerita yang mana perkataan "LUIT" iaitu teloh orang Cina yang bermakna "DUIT" menjadi popular kerana banyaknya keuntungan dari mendulang bijih timah hingga perkataan itu menjadi sinonim dengan kawasan tersebut. Di samping itu orang asli yang sama sama meneroka juga bernama LUI, maka nama tersebut diambil dan disatukan dengan sungai yang mengalir di tengah tengah kampung ini.

Kampung ini terbahagi kepada Kampung Kota Petai, Kampung Tanjung Pauh, Kampung Batu 20, Kampung Haji Hassan, Kampung Masjid, Kampung Bharu, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Gabai, Kampung Tengah Batu 23, Kampung Tuntong, Kampung Batu 25 dan Kampung Paya Lebar. Penduduknya dianggarkan seramai 5 000 orang.

Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah sebuah sekolah rendah, sekolah rendah agama, klinik desa, masjid, padang awam, gelanggang futsal, pusat sumber desa, dewan orang ramai,tanah perkuburan, beberapa balairaya, bangunan belia 4B dan taman permainan.Selepas pilihanraya umum 12 akibat kekalahan Barisan Nasional maka pentadbiran kampung telah dibahagikan kepada dua satu JKKK di bawah kerajaan negeri dan satu lagi JKKP dibawah persekutuan. Pentadbiran baru JKKK Batu 20 Sungai Lui diterajui oleh En Muhammad Jalil bin Abdul Rahman dan Pentadbiran JKKK Batu 21 adalah En. Mohamad Alias bin Haji Ali.Sementara JKKP pula diterajui oleh Tuan Haji Hassan bagi JKKKP batu 20 dan Tuan haji Samad bagi JKKKP batu 21.

Kebanyakkan penduduknya berkerja sebagai kakitangan kerajaan, pekerja kilang, berniaga, petani, dan bekerja sendiri. Pada amnya 99% penduduknya terdiri dari orang Melayu. Walaupun penduduknya terdiri dari keturunan Kerinci dan Minangkabau namun mereka hidup dengan aman dan harmoni. Bergotong royong pada sesuatu majlis perkahwinan atau kenduri kendara masih diamalkan. Kampung ini terkenal dengan kumpulan Silat Pedang yang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan. Pertarungan menggunakan pedang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan dan acara-acara lain.