Saturday, January 29, 2011

RAHSIA ALAM

MUKJIZAT AIR
bila nak shoot gambar air yg sedang bergerak pantas,maka kita kena adjust pd kelajuan shutter..maka akan terhasillah gambar air sebutir2 seperti dia atas..tpi,pic yg aku shoot kt atas ni pn sebenarnya xberapa sharp lagi...conclusionnya,aku kena improve skill lagi...

tahukah anda apa kelebihan air?

Manusia boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makanan, tetapi ia tidak boleh hidup dalam seminggu tanpa air.

Air merupakan unsur ajaib. Ia tidak memiliki warna, rasa, dan bau. Di dalamnya terkandung rahsia kehidupan. Air juga merupakan satu-satunya unsur di bumi yang dapat diperoleh dalam tiga bentuk, iaitu padat, cair dan wap. Air memiliki karakteristik fizikal yang dianggap istimewa dibandingkan pelbagai materi lain.

Air termasuk makhluk yang paling pertama ada. Tidak menghairankan jika air memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh unsur-unsur lainnya.

Kemampuan air yang luar biasa untuk mencair tidak bisa dinilai dengan harga. Ia merupakan benda cair yang paling kuat. Ia memiliki andil aktif dalam menyempurnakan proses pencernan, retavilitas darah, dan membersihkan dari zar-zar racun di dalam tubuh, baik racun organik maupun non-organik.

Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman, “Dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup dari air” (QS al-Anbiya : 30), untuk menegaskan bahwa air memiliki rahasia yang membezakannya dari unsur lain dan menegaskan pentingnya unsur lain dan menegaskan pentingnya unsur ini bagi eksistensi kehidupan jenis apa pun.

BAGAIKAN PUNGGUK RINDUKAN BULAN
gambar bulan ni aku shoot d depan umah sewa dalam area jam 8.00 malam..malam tu bulan penuh,dilitupi keluk2 awan yg indah...panorama alam yg cukup indah dan permai ini mybbkan aku tidak melepaskan peluang utk merakamkan detik2 cukup bermakna ini..lalu,tercapailah DSLR ku dan tertembaklah ia ke langit yg indah menawan..aku xgunakan tripod,tapi posisi kamera berada di atas tembok depan umah...menggunakan bantuan sebuah kerusi plastik warna merah utk memanjat,kotak sport shoes dan sebuah novel yg agak tebal sebagai alas kamera..

hmm,pasti kita selalu mendengar ungkapan "bagaikan pungguk rindukan bulan"kan?tahukah kita apakah maksud tersirat d sebalik ungkapan ini?"seseorang yang mencintai kekasihnya tetapi cintanya tidak berbalas" itulah maksud tersirat d sebalik bait2 ungkapan indah ini...cinta itu indah,tetapi apabila ia tidak berbalas,maka keindahan itu sedikit demi sedikit akan menjadi pudar dan suram...tapi percayalah,sebagai seorang muslim,cinta seorang hamba kepada Tuhannya pasti akan dibalas...apabila kita meletakkan rasa kasih dan cinta sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta,Insya-Allah akan terbit rasa syukur dan redha dalam hati...

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

settingkan DSLR pada aparture F22,maka terhasillah cahaya mentari berbentuk seperti bintang kejora...thanks alot to sifu firdaus yg byk memberi tunjuk ajar...d sini,aku juga ingin kongsikan sebuah lirik lagu drp kumpulan search"mentari merah di ufuk timur"

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi


Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal

KILAT SABUNG MENYABUNG


jangan terkejut tgok tajuk n gambar kt atas ni...ni bukannya rupa kilat tapi bila perhati betul2,macam litar pintas kt dalam kabel eletrik kan?tol ke litar pintas?sbnrnya,xjuga...gambar ni aku shoot dalam kereta waktu malam ketika aku menjadi penumpang,bukan pemandu..tepi2 jalan kiri dan kanan ada lampu2 jalan,lampu isyarat n macam2 lampu lagilah....gunakan aparture F20,shutter 20s,so terhasillah gambar2 litar pintas atau kilat sabung menyabung mcm kt atas ni....

sedikit perkongsian fakta agama tentang kilat:

Kita melihat di dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas!! Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra'ad :12-13) Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. Pada zaman sebelum Rasulullah s.a.w, syaitan-syaitan dpt naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita. Syaitan-syaitan yg cuba mencuri berita adalah kerana daripada arahan tukang tilik yg mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan tersebut yg cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia shj yg mempunyai hayat, tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yg tidak akan mati apabila dipanah petir hanyalah `Azazil. Begitulah serba sedikit cerita berkenaan petir dlm Islam...-petikan dr http://fromtheangelsheart.blogspot.com/2009/04/ribut-petir.html

3 comments:

  1. Dashat tul la niza ni..nanti boleh la jadi sifu akak plak er..teringin gak nak shoot gambar api airr bulan bintang matahari..tapi tak tau kaedahnya..hehehhe..watermark pon lom habis blajar lagi..papepun, teruskan perjuangan..bukan untuk sesiapa tapi untuk kepuasan sendiri!

    ReplyDelete
  2. ......yes....hidup Niza..... shooting sambil berdakwah.....ada bau syurga tu.....

    ReplyDelete
  3. amin.....tq akak2 kesayanganku sekalian

    ReplyDelete