buah oren,angpow,cheongsam dan tarian naga.....+ warna merah = apa erti sume ni?pepun,layan dulu citer aku kt bawah ni...
Petang tadi,aku ke bandar Kluang kira-kira jam 3.30 sampai 6.00 petang...teman adik aku beli tiket balik PASUM,kl..esok kol 9.00pagi bas dia dah gerak...aku bukannya nak citer pasal tiket bas tu,tapi aku nak kongsi 1 citer ckit pasal suasana kt bdr kluang masa aku turun tadi...menakjubkan,boleh dikatakan hampir 90% kedai2 yg membanjiri sekitar bandar kluang tutup arini..yg buka,pasar raya2 besar je...agak2 korang kenapa ye?padahal arini bukannya ari ahad...sudah semestinya sbb thun baru cina dan spt yg kita sume sudah sedia maklum,majoriti peniaga yg mempelopori kedai di bandar terdiri daripada kaum cina...cuba korang bayangkan,kalo dh hampir 90% kedai milik org cina,org melayu kerja apa ye?makan gaji?..yup,tepat sekali,termasuk la aku..hehe...
hmmm....toksah citer panjang...jom kita layan sama2 apa erti kemeriahan d sebalik tahun baru cina ni ...(x salah rasanya kalo kita yg bukan org cina tahu dan ambil tahu ttg budaya msyrkt cina ni kan?)
ERTI KEMERIAHAN DI SEBALIK TAHUN BARU CINA...
Mungkin antara kita yang sudah mengenali erti sebenar kata-kata salam seperti ‘Kung Hey Fatt Choy’ ataupun kenapa Tahun Baru Cina dirayakan, akan tetapi, berapa ramaikah antara kita khususnya rakan-rakan dari masyarakat Melayu dan India yang benar-benar mengetahui selok-belok sambutan ini, signifikan dan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina?
Bagi masyarakat Cina, sambutan Tahun Baru Cina ialah masa untuk memperbaharui tenaga, harapan dan impian mereka dan sekiranya tahun sebelumnya tidak berjalan seperti yang dirancang, maka kedatangan tahun baru ini diharap akan membawa perubahan yang lebih positif.
Lazimnya, persiapan untuk menyambut ketibaan tahun baru bermula sebulan lebih awal tetapi dalam konteks kehidupan masyarakat Cina di Malaysia, mereka lebih gemar membuat persiapan di saat-saat akhir. Proses persiapan itu antara lain merangkumi pembelian baju-baju baru, barangan hiasan dan tidak ketinggalan, bahan-bahan makanan.
Sempena ketibaan tahun baru juga, sudah menjadi kemestian untuk pemilik rumah mengemas dan menghiasi kediaman mereka dengan tanglung merah, sepanduk, mercun plastik, tulisan kaligrafi yang memaparkan tema kegembiraan, kemakmuran dan kekayaan serta kad-kad ucapan yang dikirim oleh rakan taulan.
Benda-benda yang dilihat boleh menimbulkan nasib malang seperti penyapu, berus, tong sampah dan penyodok disimpan. Ini bererti, segala aktiviti menyapu tidak boleh dijalankan pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana bimbang tuah itu akan hilang begitu sahaja.
Sekali pun aktiviti menyapu dilakukan, ia perlulah terhad di dalam rumah di mana debu dan sampah-sarap hanya akan disapu dan diletakkan ke bahagian tengah rumah sebelum dialihkan ke bahagian penjuru. Biasanya, longgokan sampah hanya boleh dibuang dua atau tiga hari selepas Tahun Baru Cina.
Apa pun, acara yang dilihat paling penting buat masyarakat Cina pada malam sebelum Tahun Baru Cina ialah makan besar. Bagi masyarakat Cina, makan besar cukup signifikan kerana semua anggota keluarga baik yang jauh mahupun dekat, akan kembali untuk mengeratkan talian perhubungan sesama keluarga di samping menikmati juadah-juadah lazat seperti ayam, ikan, itik, sup sirip ikan yu dan sayur-sayuran kemakmuran (prosperity vegetables).
Selesai sudah menjamah makanan, kesemua anggota keluarga digalakkan untuk berjaga sehingga awal pagi sebagai mematuhi ‘shou sui’ yakni satu amalan yang dipercayai mampu membawa panjang umur kepada kedua ibu bapa. Dalam kalangan anggota keluarga yang gemar berjudi, mereka memanfaatkan kesempatan ini untuk bermain mahjung.
Hari pertama Tahun Baru Cina akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengalu-alukan kedatangan tuhan-tuhan dari syurga dan bumi. Pada hari ini, ramai yang tidak makan daging kerana dipercayai ia menjamin kehidupan mereka sentiasa gembira dan berkekalan. Hari pertama sambutan turut digunakan oleh masyarakat Cina untuk melakukan kunjungan terhadap anggota paling tua dalam keluarga.
Pada hari kedua pula, kebiasaannya menantu perempuan akan kembali ke kampung halaman mereka untuk menziarah kedua ibu bapanya. Kunjungan ini cukup bermakna kerana sering kali anak perempuan yang telah berkahwin tidak mempunyai peluang untuk menziarah keluarganya sendiri. Sepanjang hari kedua, masyarakat Cina turut menyedekahkan doa kepada nenek moyang dan tuhan-tuhan sebagai tanda terima kasih di atas berkat yang diterima selama ini.
Jika hari kedua menantu perempuan melakukan kunjungan ke kampung halamannya, maka hari ketiga dan keempat pula ialah hari di mana menantu lelaki pula memberikan penghormatan kepada ibu bapa mentua. Sepanjang tempoh ini juga, kebanyakan perniagaan yang dimiliki oleh orang Cina masih ditutup. Operasi perniagaan hanya akan dibuka semula pada hari kelima atau keenam.(maknanya,Isnin depan la kedai2 kt bandar tu beroperasi ye)
Berbanding dengan hari-hari sebelumnya, sambutan Tahun Baru Cina pada hari kelima agak berlainan kerana kebanyakan anggota keluarga akan berada di rumah untuk menyambut kedatangan Tuhan Kekayaan. Dikenali sebagai ‘Po Woo,’ tiada aktiviti ziarah-menziarahi rakan mahupun keluarga dijalankan kerana dikatakan boleh membawa nasib malang kepada kedua-dua pihak. Hanya pada hari keenam, barulah aktiviti ziarah-menziarahi dibenarkan.
Bagi masyarakat Cina berketurunan Hokkien pula, hari kesembilan dalam Tahun Baru Cina dilihat sebagai hari paling bermakna bagi mereka. Pada malam sebelumnya, masyarakat Hokkien menyedekahkan doa kepada Maharaja Jed dengan menawarkan barangan seperti tebu. Menurut sejarah lisan, tebu menjadi barangan penting dalam pemujaan Maharaja Jed kerana dipercayai, tebulah yang melindungi masyarakat Hokkien daripada kemungkinan dihapuskan dari muka bumi ini oleh sebuah kumpulan dialek di China.
Sambutan Tahun Baru Cina akan diakhiri pada hari ke-15 dengan perayaan Chap Goh Meh yang mana hari tersebut akan diperingati dengan memakan ‘tangyuan’ (sweet rice ball dumpling soup). Namun bergantung kepada kawasan-kawasan tertentu dan dalam konteks masyarakat Cina, Chap Goh Meh juga dirayakan sebagai festival Tanglung ataupun Hari Kekasih.
SambutanTahun Baru Cina juga tidak lengkap tanpa pemberian angpau, mercun dan tarian singa. Sebutan angpau yang berasal dari loghat Hokkien merujuk kepada sampul merah. Hanya pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga akan memberikan angpau kepada mereka yang belum berkahwin. Penggunaan mercun dalam Tahun Baru Cina juga signifikan kerana bunyi bising yang dihasilkan dan warna merah pada mercun berupaya menakutkan seekor raksasa dipanggil ‘Nian’ yakni sejenis raksasa yang memakan manusia.
Sesungguhnya, kedatangan Tahun Baru Cina hari ini membuka peluang keemasan kepada setiap orang bagi merenung kembali dan menilai segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu.
WARNA MERAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA...
Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.
Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
No comments:
Post a Comment