Monday, March 28, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA




malam semalam, masuk dua kali aku tonton filem hikayat merong mahawangsa ni...siap ajak mak n ayah masuk panggung sekali...sumenya gara2 nak tgok lg filem ni...apa yg plg mengejutkan,sampai je dlm panggung,aku tgok ada satu line tmpat ktorang duduk tu,semua yg dtg geng makcik2 yg rasanya umur lg tua dr mak ayah aku...hehe..punyalah power penangan filem kru ni...bukan calang2 org malaysia bole hasilkan karya yg hebat mcmni...teknik fotografi yg cantik,jalan cerita n dialog melayu klasik yg memukau mmbuat aku rasa terkesan d hati dan scr xlangsung menjadikan alasan aku dtg kali kedua utk tonton filem ni...balik tu,aku tanya respons mak,best tak citer ni?jwpannya mestilah best...ada byk nilai2 sejarah yg cuba dketengahkan...kalo dulu,aku sekadar hanya pernah dengar tentang nama merong mahawangsa tanpa sedikit pun aku tau sejarahnya...sekarang,aku siap surf internet baca ttg sejarh citer ni...kt sini aku kongsikan sekali dgn korang sejarah hikayat merong mahawangsa yg aku dpt drp sumber d internet...

Hikayat Merong Mahawangsa Analisa Sejarah


Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk menghujudkan hubungunan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatid sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda.

Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksaksa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam ugama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya.

Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan pula beragama Roman menguatkan lagi beliau tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin di diami oleh Sami Hindu yang tidak kawin Bramacahri. Sebab itu di panggil lembah bujang.

Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:

* Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

* Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.

* Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.

* Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

* Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

* Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

* Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

* Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah I (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Sinopsis dari filem kru

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

petikan pantun dr filem ni yg masih terngiang2 dlm minda aku:

"bila masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama"

Sunday, March 27, 2011

GAMBAR-GAMBAR PELIK, TAPI BENAR KOT?











benda yang tak pelik akan jadi pelik bila kita berfikiran pelik hakikatnya kita bukan orang yang pelik...pelik kan?

sumber gambar: google image

Thursday, March 24, 2011

EKSPRESI KASIH SAYANG


4 bujang pingitan


sayangkan itik serati rotan-rotankan


sayang adik


bila si tembam tengah mengeliat


kasih sayang antara manusia dan haiwan


sayang tortoise


bestfriend 4eve


bapa-bapa mithali

"kasih sayang adalah butir-butir mutiara yang tidak ternilai harganya...oleh itu,hargailah kasih sayang yang hadir dalam hidupmu"

Sunday, March 20, 2011

TSUNAMI DI JEPUN SATU PETANDA



Firman Allah swt sebagai renungan atas bala dan musibah yang menimpa manusia:

“Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS. Al Qhashash, 28 : 59)

FirmanNya lagi:
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117)

FirmanNya lagi:
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa : 147)

FirmanNya lagi:
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al Isra, 17 : 16)

FirmanNya lagi:
“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).” (QS. Al Isra, 17 : 58)

FirmanNya lagi:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

FirmanNya lagi:
“Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” (QS. An-Nahl, 16 : 112)

FirmanNya lagi:
“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Yaitu neraka Jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman.” (QS. Ibrahim, 14 : 28-29)

FirmanNya lagi:
“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan dimuka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang diderita oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu lebih kuat dri merka,mereka telah mengolah bumi dan memakmurkannya lebih banyak dari apa yang mereka makmurkan.Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan dan bukti-bukti yang nyata.Maka Allah sekali-kali tidak berlaku dzalim kepada mereka ,tetapi merekalah yang berlaku dzalim terhadap dir mereka.Kemudian akibat orang-orang yang melakukan kedurhakaan dan kejahatan adalah azab siksa yang lebih buruk, karena mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-olok.” (QS. Rum, 30 : 9-10).

SEDIKIT KOMENTAR ISU GERAK GEMPA/TSUNAMI DI JEPUN

Kejadian gempa bumi di darat dan di laut (Tsunami) yang sedang melanda Jepun sekarang serta New Zealand beberapa bulan yang lalu mungkinkah ianya gempa bumi yang akan berlaku sebagaimana sabdaan Nabi saw? Namun bila kita perhati dan amati maka berkemungkinan gempa bumi ini bersabit dari sabdaan Nabi saw yang berbunyi :

Dari Huzaifah bin Usaid ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda . . . . .” Kemudian baginda menyebut antara lain “dan tiga gempa bumi iaitu gempa di wilayah timur, di wilayah barat dan di Jazirah Arab.” (Shahih Muslim Syarah Nawawi 18:27 – 28)

Dari Ummu Salamah r.aha, ia berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Sesudahku nanti akan terjadi gempa bumi di Wilayah Timur, gempa bumi di wilayah Barat dan gempa bumi di Jazirah Arab.” Saya bertanya,” Wahai Rasulullah saw apakah bumi akan digempakan padahal di dalamnya masih ada orang-orang yang saleh?” baginda menjawab, “ Apakala penghuninya telah banyak melakukan keburukan.”
(Tabrani di dalam Ausath sebagaimana kata Al-Haitsami dalam Majmu’uz Zawaid 8:11. Beliau berkata sebahagian hadis ini tersebut didalam kitab Shahih. Dan hadis ini di dalam sanadnya terdapat Hakim bin Nafi’ yang dianggap kepercayaan oleh Ibnu Ma’in tetapi dilemahkan oleh yang lain . Sedangkan perawi-perawi yang lain kepercayaan.”)

Sesetengah ulama mengatakan kejadian ini telah pun berlaku namun sebahagian ulama mengatakan ianya belum berlaku lagi. Antara yang berkata demikian adalah Syeikh Asyarif Al-Barzanji, manakala Ibnu Hajar mengatakan, “Sesungguhnya telah dijumpai pelbagai gempa dan tanah runtuh di berbagai tempat, tetapi yang dimaksudkan dengan tiga gempa ini adalah lebih besar dan lebih luas wilayahnya daripada yang sudah terjadi itu.” (Fathul Bari 13:84)

Pendapat ulama yang sependapat dengan Ibnu Hajar ini diperkuatkan oleh hadis yang mengatakan bahawa ketiga gempa itu terjadi apabila kerosakan dan maksiat telah bermaharajalela di kalangan manusia.

Maka jika ianya betul maka kita tunggu gempa di Barat. Apakah Barat yang dimaksudkan adalah Eropah ataukah yang dimaksudkan adalah di sebelah barat dari arah bumi Mekah dan Madinah. Jika ini yang dimaksudkan maka berkemungkinan Barat dimaksudkan adalah di Benua Afrika.

Bila ini berlaku dan disokong pula oleh huruhara yang terjadi di beberapa Negara Arab sekarang ini seolah-olah menunjukan petanda yang kita hampir-hampir berada di era penghujung dunia. Di era kedatangan Mahdi, Dajjal, Nabi Isa a.s , Yajuj dan Makjuj dan lain-lain petanda akhir zaman.

wallahu’alam

MACRO-part 2

location: felda sungai tiram
date: 19th March 2011
time: 10.00 am - 3.00 pm

























Monday, March 14, 2011

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH



Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: “Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

Abu Muslim menyambung:”Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan:

Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:”Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.” Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

(Riwayat Ahmad)

Sunday, March 6, 2011

PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011


contoh folio calon nilam dr sekolah lain


siap masuk dlm kotak pn ada


sehari sebelum pertandingan, vitya menjengah bahan2 ilmiah d perpustakaan BTPN


cikgu syakiroh (wakil kategori sek men luar bandar) n ckgu dira (wakil kategori sek keb luar bandar)


sesi latihan bersama ckgu syakiroh


bersama cikgu nazimah dan pesertanya noraqilarin drp stk kluang (kategori sek men bandar)


kiroh n rin


majlis penyampaian hadiah kpd johan pertandingan (kategori sek men luar bdr)


para pemenang anugerah nilam bergambar bersama para hakim dan urus setia pertandingan


para pemenang utk kategori sek men luar bdr(naib johan, johan dan tempat ke-3)


para hakim,urus setia dan guru pengiring)


cikgu padilah (orang yg byk melatih dan memberi tunjuk ajar kpd vitya)


sblum berangkat pulang, melakar memori d hadapan pusat sumber BTPN Johor

sepanjang 1-3 mac yg lepas, aku, kiroh, n vitya ke BTP Negeri Johor untuk program Pertandingan Anugerah Nilam Negeri Johor 2011...SMK Bandar T6 telah mewakili daerah Kluang dlm kategori sek men luar bandar...dan seramai 9 orang peserta drp 9 daerah negeri johor yang terlibat dlm pertandingan itu...mmg xdiduga,cempedak dah jadi nangka,Alhamdulillah vitya berjaya mengharumkan nama sekolah strusnya nama daerah Kluang kerana telah berjaya mendapat johan dlm pertandingan ini...inilah namanya rezeki yg xdiduga...stlah berhempas pulas melatih cara beracakap,cara menjawab soalan,body language,akhirnya usaha membuahkan hasil...tahniah dan syabas diucapkan kpd saudari vitya..terima kasih xterhingga kpd ckgu syakiroh n terutamanya ckgu padilah(dr sk perempuan bdr)yg xberputus-putus asa melatih vitya sehingga ke saat akhir....mdh2an pertandingan d peringkat kebangsaan nanti jua akan membuahkan hasil.....last but not least,good luck n all d best vitya!!!be the best,beat the rest!!!(,")