Monday, March 28, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA




malam semalam, masuk dua kali aku tonton filem hikayat merong mahawangsa ni...siap ajak mak n ayah masuk panggung sekali...sumenya gara2 nak tgok lg filem ni...apa yg plg mengejutkan,sampai je dlm panggung,aku tgok ada satu line tmpat ktorang duduk tu,semua yg dtg geng makcik2 yg rasanya umur lg tua dr mak ayah aku...hehe..punyalah power penangan filem kru ni...bukan calang2 org malaysia bole hasilkan karya yg hebat mcmni...teknik fotografi yg cantik,jalan cerita n dialog melayu klasik yg memukau mmbuat aku rasa terkesan d hati dan scr xlangsung menjadikan alasan aku dtg kali kedua utk tonton filem ni...balik tu,aku tanya respons mak,best tak citer ni?jwpannya mestilah best...ada byk nilai2 sejarah yg cuba dketengahkan...kalo dulu,aku sekadar hanya pernah dengar tentang nama merong mahawangsa tanpa sedikit pun aku tau sejarahnya...sekarang,aku siap surf internet baca ttg sejarh citer ni...kt sini aku kongsikan sekali dgn korang sejarah hikayat merong mahawangsa yg aku dpt drp sumber d internet...

Hikayat Merong Mahawangsa Analisa Sejarah


Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk menghujudkan hubungunan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatid sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda.

Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksaksa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam ugama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya.

Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan pula beragama Roman menguatkan lagi beliau tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin di diami oleh Sami Hindu yang tidak kawin Bramacahri. Sebab itu di panggil lembah bujang.

Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:

* Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

* Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.

* Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.

* Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

* Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

* Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

* Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

* Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah I (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Sinopsis dari filem kru

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

petikan pantun dr filem ni yg masih terngiang2 dlm minda aku:

"bila masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama"

1 comment:

  1. Macam nak tengok lagi sekali jer filem ni..memang best...tak bosan langsung

    ReplyDelete