Monday, March 14, 2011

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH



Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: “Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

Abu Muslim menyambung:”Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan:

Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:”Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.” Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

(Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment