Friday, November 25, 2011

DOA DHUHA


Ya Allah
sesungguhnya waktu dhuha, itu dhuhamu,
kecantikannya kecantikanmu,
keindahannya keindahanmu,
kekuatannya kekuatanmu,
kekuasaannya kekuasaanmu,
perlindungannya perlindunganmu....

Ya Allah
jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah....

berkat waktu dhuha,
kecantikanmu, keindahanmu,
kekuatanmu, kekuasaanmu,

limpahkanlah padaku segala,
yang engkau telah limpahkan,
kepada hamba-hambamu,
yang solleh.....

Thursday, November 24, 2011

KARYA KEDUA DI HARI KE-7 MENGAWAS SPM 2011

DATE: 24 NOV 2011
TIME: 10.00am TO 12.30noon
VENUE: ROOM 1, SMK BELITONG



TAJUK: DI KALA KESEDIHAN MERUNTUN JIWA

bau2 kehambaran menerpa rongga hidung,

siulan beburung selang seli menutur melodi,

rentak irama melankolik,

dedaunan di pohon meliuk lentok,

dihembus bayu.....

kesejukan mulai menggigit sekujur tubuh,

yang sedang duduk berteleku,

di gigi pantai itu...

dia berpeluk tubuh,

selendang merah melilit melingkari batang lehernya,

barangkali mahu mengurangkan rasa sejuk,

yang seakan-akan mahu menusuk sehingga ke tulang sum2...

dia melempar jauh pandangannya,

hingga ke hujung lautan itu,

di tengah2 berkolak-kalik sampan pak tua,

nelayan lama barangkali,"fikirnya",

ah! gigih sungguh nelayan tua itu berusaha mencari rezeki,

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,

lumrah alam, ada yg kaya ada yg miskin,

ada yang senang, ada yg susah,

ada yang gembira, ada yang berduka,

gedebuk!!! tiba2 sebiji kelapa melompat jatuh,

hampir2 mengenai hujung jari kakinya,

rasa terkejut yang amat telah membunuh,

semua perasaan tadi...

dia mengalihkan pandangan,

merenung pohon nyiur di sudut kirinya,

hatinya berkira2 mahu berkalih dr situ,

lalu, dia bangun dan berganjak ke ruang lapang,

jauh sedikit dari pohon2 nyiur,

punggungnya dilabuhkan di atas sebatang tunggul kayu,

mungkin terdampar dihanyut air laut...

pandangannya dilabuhkan semula,

kali ini ke dada langit,

luasnya langit yang terbentang,

seluas mata memandang,

hatinya tiba2 dirundum kesayuan,

kolam matanya tiba2 berair,

cuba ditahan agar tidak tumpah menyembah ke bumi,

apalah malang nasib yg menimpa diri,

apalah kesedihan yg menimpa hati,

sudah puas berusaha, sudah perit bersengkang mata,

namun kejayaan bukan miliknya,

kesenangan seolah2 menjauh darinya...

dia mengeluarkan slip keputusan peperiksaan SPM,

yg tersimpan kemas dalam poket seluarnya,

direnung dalam2 seperti mahu tembus ke belakang,

keputusan yg cukup mendukacitakan,

sangat menyakitkan,

seperti mahu dirobek-robek kertas tidak bertulang itu...

dia tahu, dia bukanlah pelajar yg pandai,

dia tahu, dia bukanlah pelajar yg cemerlang,

namun, dia telah meletakkan seratus peratus usaha,

setiap waktu, buku dan nota menjadi teman setia,

setiap sepertiga malam, solat sunat menjadi rutin harian,

masih terngiang-ngiang di telinganya kata2 ustaz Amidi,

"orang yg berusaha, Allah pasti akan beri kejayaan:

benarkah? namun mengapa Allah tidak mengurniakan kejayaan kepadanya?

tidak layakkah dia?

dia seolah-olah seperti mahu menyalahkan takdir,

hatinya memuntahkan bara dendam paling dalam,

bisikan syaitan yg sudah lama bersarang,

dalam minda anak adam cuba menghasut dirinya,

"astaghfirullahalazim"...cepat2 dia beristighfar,

lantas, terus membunuh bayang2 hitam,

yg cuba menggoyahkan sedikit imannya,

beriman pada qada' dan qadar, rukun iman ke-6,

ya! sebagai seorang muslim, wajib beriman dgn rukun iman ke-6 ini,

hampir terlupa dia,

"gagal sekali bukan beerti gagal utk selama-lamanya",

ungkapan keramat ini sedikit sebanyak,

mengubat rasa kekecewaan dalam perdu hati,

dia perlu tabah menempuh dugaan alam,

hidup perlu diteruskan,

dia mengeluarkan sehelai sapu tangan,

lalu menyapu lemah air mata yg hampir tumpah,

mega2 merah di kaki langit mula memunculkan diri,

lantas menerbitkan warna keemasan ke seisi buana,

hari hampir senja,

dengan penuh runtun, kakinya terhayun longlai,

meninggalkan butiran pasir dan pepohon nyiur,

yg menyaksikan kisah dukanya tadi,

keazaman dan kecekalan menerjah di lubuk hati,

dia percaya,

kejayaan pasti miliknya nanti,

"Ya Allah, kuatkanlah hati ini, cekalkanlah jiwa ini,
peliharalah keimanan agar tidak jauh terpesong dr landasanmu"....doanya....



catatan penuh makna, buat semua warga alam bergelar manusia, percayalah, sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hambanya tidak bertepi, setiap yg tersurat pasti ada yg tersirat.....

p/s: arini jaga pekse terus xngantok....alhamdulillah, siap gak karya keduaku...(walaupun ayat agak tunggang langgang, tapi ada aku kisah?practices make perfect kan?so,belasah jerr..)p

Sunday, November 20, 2011

KEMUNCAK 'GENERATING LEADERS"-MALAM ANUGERAH JUARA SEGALA JUARA

date: 1 nov 2011
time: 8.00pm to 10.30pm
venue: dewan kejora

Al kisahnya bermula bila boss mencadangkan utk buat satu pendekatan baru bagi melatih dan mencungkil bakat generasi2 muda smkbt6 dalam bidang kepimpinan...maka lahirlah nama "Generating Leaders"...

"Generating Leaders" dilahirkan bermatlamat untuk mendidik para pelajar memimpin dan mengendalikan pelbagai program dan majlis yang diadakan di sekolah sepanjang tahun.

Menerusi program "Generating Leaders" ini, guru berperanan sebagai mentor manakala pelajar sebagai mentee.

Semua pelajar diagihkan mengikut 4 buah rumah sukan iaitu Cyclon, Cyber, Corona dan Cosmos...Bagi setiap acara dan program sekolah, akan dikendali dan dikelolakan oleh rumah2 tertentu..

Sebagai contoh, majlis Hari Koko-rumah Cosmos, Hari Guru-rumah Cyber, Bulan Bahasa-rumah Corona dan Hari Sukan-rumah Cyclon.

Program "Generating Leaders" ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat berpasukan dalam diri setiap pelajar...Sesungguhnya, setiap pelajar pasti menyumbang markah untuk rumah masing2...Markah2 yang dikumpulkan akan dibawa sehingga ke kemuncak "Generating Leaders"

Bertempat di dewan kejora t6, pada tanggal 1 nov 2011, maka berlangsungnya kemuncak "Generating Leaders"...Malam tersebut dinamakan sebagai "Malam Anugerah Juara Segala Juara"...

Majlis yang ala2 Anugerah Skrin ini berjaya menjadikan malam itu penuh gemilang dimulai dengan paluan kompang menyambut ketibaan para VVIP masuk ke dalam dewan...

Daripada pintu masuk dewan, telah terhampar karpet merah menyusur sehingga ke depan pentas...

Seterusnya, 2 orang pelajar yang menjadi pengacara majlis pada malam itu mengambil tempat di atas pentas lalu mengendalikan majlis dengan gaya tersendiri...

Hadirin dan hadirat mengambil tempat masing2 d meja2 bulat yang telah disediakan..hadirin dan hadirat terdiri daripada barisan pelajar setiap rumah sukan, ibu bapa, guru2, VVIP serta artis jemputan. Acara dimulai dengan bacaan doa.Hadirin kemudiannya disajikan dengan pelbagai hidangan oleh para pelayan seperti nasi goreng cina, sate, cendol dan daging kambing panggang..

Sambil menikmati juadah, hadirin dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti tarian zapin, nyanyian pelajar dan nyanyian oleh artis jemputan iaitu nadia dan najwa latiff..

Setiap persembahan akan diselangi dengan penyampaian anugerah kepada rumah2 sukan yang memenangi pelbagai kategori.....

Pada penghujung majlis, diumumkan rumah sukan yang berjaya menjuarai "Anugerah Juara Segala Juara" ialah rumah Cosmos...Tahniah dan syabas diucapkan...

Sekian sahaja coretan ringkas daripada saya...(dh macam buat karangan laporan pun ada...aduyai...p)

Gambar2 di bawah adalah sedikit rentetan peristiwa pada malam tersebut...moh layan sat...



anugerah pakaian paling kelasss-en wan saifudin


anugerah guru paling cute- cik siti sarah illyani


anugerah ex-student paling aktif-saudara rahman dan saudara solleh


anugerah pelayan paling bergaya- 5 gadis manis


anugerah artis baru popular- adik najwa latiff (cinta facebook)


anugerah pemegang dulang paling berpotensi- saudari syahira dan hidayah


anugerah jejaka paling poyos-saudara ismi haqiqi


anugerah dua wajah paling bercahaya- pn azizah dan pn nazlia


anugerah ibu dan anak paling ayu- pn fauziah dan (apa ntah nama budak kecik ni...tlpa plak..heh)


anugerah guru2 corona paling berjiwa bangsa-pn khadijah,pn siti dan pn juliyah


anugerah photographer terbaik t6- pn miszalin


anugerah barisan guru berwajah paling ceria-pn zaleha mardiah,pn rohana,cik nurul akma,pn azmah,pn azillah,pn zairul,cik siti shaera,pn zaleha dan cik siti sarah illyani.


anugerah backdrop bertema 4 rumah sukan paling best- hasil kreativiti pn hafizah, pn nazlia,cik haniza(aku ler tue) dan dibantu oleh 4 orang jejaka gagah 5ikhtisas (zunu,fahmi,takok.lul)


anugerah barisan guru lelaki bergaya ala2 VVIP paling macho-en.fairuz,en.muzaini,en.omar dan en.izuan shah


anugerah anak guru paling suka tengok kamera-anak kak gie


anugerah guru paling cantik barisan giginya-pn azillah dan pn zairul

(sebenarnya, anugerah2 kt atas tu hanyalah ciptaan dan rekaan aku semata2...dan sesungguhnya tidak ada kaitan dgn yg hidup atau pun telah meninggal dunia...jadi,kepada pihak2 yg terlibat,mohon maaf ye...hihi)

p/s; aku perhatikan, semua yg datang malam tu, sgt bergaya dgn pakaian2 yg ada klasss...yg perempuan dgn tudung berlilit2,lelaki plak berkemeja dan ber"tie...bila aku pandang kt diri sendiri.....alamak,segannya nk masuk dewan...baju kurung cotton warna merah bunga2 putih,tudung bawal putih n kamera tersangkut kt leher...sempoi giler...hmmm,masuk jela bt xtau...yg penting perut aku dh berkeroncong nih....hehe...p

Tuesday, November 15, 2011

KARYA PERTAMA DI HARI PERTAMA MENGAWAS SPM 2011

SMK Belitong
14 Nov 2011
2.00-4.30pm
BM paper 2

musim2 kebosanan sedang bermula,
musim2 kengantukan sedang menjelma,
zarah2 kelayuan terbuai pilu,

mataku kuyu, kelopakku layu,
anak mata kembang kuncup menguap2,
bakal terlena sebentar lagi,
bakal terbuai sekejap masa,

arghhhh......
mengantok sungguh,
mataku sudah mahu terkatup,
kepalaku sudah mahu terlentok,
daguku terhinjut2,

namun ku gagahi jua,
ku kobar2kan jua semangat juang,
menangkis rasa mengantuk,

sudah segenggam gula2 ku kunyah,
sudah sebungkus asam ku kulum,
rasa mengantuk masih menggigit2 tangkai mataku,
urat2 di sekitar kelopak mata semakin kendur,

aku harus lawan perasaan ini,
lalu ku cuba merenung,
satu persatu wajah2 di hadapanku,

dengan penuh gigih, tekun,
wajah2 ini menarikan jari jemari,
menulis bait2 indah di atas kanvas di depan mata,

tanpa mengenal erti jemu, bosan, letih,
masing2 memerah otak menyuntik minda,
untuk membayangkan jawapan2 tulus,
yang bakal mewarnai kanvas mereka,

aku tahu,
sesungguhnya harapan hari ini,
akan menjadi titik permulaan,
masa depan mereka,
alhamdulillah....tiba2 rasa mengantukku,
mulai hilang perlahan2,

cuaca panas terik di luar,
bayu halus mulai menerjah ruang jendela,
lalu senyap2 menyusup masuk,
dan menyapu lembut setiap wajah di kelas ini,

hatiku rawan, perasaanku tenang,
damainya ku rasa,
aku menoleh ke arah jam di dinding,
2.30 petang,
ini bermakna,
aku masih ada 2 jam 10 minit lagi,
untuk menyelesaikan tugasanku di kelas ini hari ini,

aduh! aku runsing kembali,
mampukah aku menahan rasa mengantuk,
selama waktu itu,
aku tak pasti,

hmmmm.....
hari esok,lusa bagaimana?
tunggu sajalah.....

nukilan rasa sedikit tragis.......;nas sempoi(,")

Wednesday, November 9, 2011

HANYA KERANA SEEKOR TIKUS.......

DATE: 7TH NOV 2011
TIME:AROUND 8PM TO 9.30PM

kerana seekor tikus,
aku dan qiroh terkejut beruk dbuatnya...

kerana seekor tikus,
aku dan qiroh terjerit alam satu t6 dbtnya....

kerana seekor tikus,
aku dan qiroh tpksa btgkus lumus mgjarnya dr ruang tamu ke dapur lalu ke toilet...

kerana seekor tikus,
aku dan qiroh msg2 mmgang btang besi konon2 utk mghalau tikus itu....

kerana seekor tikus,
aku minta qiroh spray tikus tu guna ridsect,tapi xmati2 pun....

kerana seekor tikus,
aku dan qiroh bersengkang pinggang dan melenguh kaki menyangkung lalu mencurah dan menyembur air bertalu2
semata2 utk cuba melemaskan tikus yg telah terlompat lalu terjatuh ke lubang toilet....
tapi, tikus tersebut tetap xlemas2....

kerana seekor tikus,
qiroh terpaksa mengorbankan beberapa ml cecair dynamo nya utk dibancuh bersama sebaldi air
lalu menuangkannya ke lubang toilet....

dan akhirnya,
kerana beberapa ml dynamo,
seekor tikus tadi berjaya dilemaskan d dlam lubang toilet....
terima kasih mr dynamo....

namun begitu,
kerana seekor tikus itu jualah,
aku dan qiroh terpaksa berhempas pulas semula
membasuh dan membersihkan 2 rak pinggan,mangkuk,periuk belanga,sudu garfu,cawan gelas
yg turut terkena semburan ridsect tadi,
mau patah pinggang....aduyaiiiii....

dan sesungguhnya,
mlm yg indah dan mendamaikan aku dan qiroh aritu,
telah menjadi kelam kelibut dan gegak gempita,
semuanya hanya kerana,
seekor tikus...............

ooooohhhh cik ti.....