Sunday, November 20, 2011

KEMUNCAK 'GENERATING LEADERS"-MALAM ANUGERAH JUARA SEGALA JUARA

date: 1 nov 2011
time: 8.00pm to 10.30pm
venue: dewan kejora

Al kisahnya bermula bila boss mencadangkan utk buat satu pendekatan baru bagi melatih dan mencungkil bakat generasi2 muda smkbt6 dalam bidang kepimpinan...maka lahirlah nama "Generating Leaders"...

"Generating Leaders" dilahirkan bermatlamat untuk mendidik para pelajar memimpin dan mengendalikan pelbagai program dan majlis yang diadakan di sekolah sepanjang tahun.

Menerusi program "Generating Leaders" ini, guru berperanan sebagai mentor manakala pelajar sebagai mentee.

Semua pelajar diagihkan mengikut 4 buah rumah sukan iaitu Cyclon, Cyber, Corona dan Cosmos...Bagi setiap acara dan program sekolah, akan dikendali dan dikelolakan oleh rumah2 tertentu..

Sebagai contoh, majlis Hari Koko-rumah Cosmos, Hari Guru-rumah Cyber, Bulan Bahasa-rumah Corona dan Hari Sukan-rumah Cyclon.

Program "Generating Leaders" ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat berpasukan dalam diri setiap pelajar...Sesungguhnya, setiap pelajar pasti menyumbang markah untuk rumah masing2...Markah2 yang dikumpulkan akan dibawa sehingga ke kemuncak "Generating Leaders"

Bertempat di dewan kejora t6, pada tanggal 1 nov 2011, maka berlangsungnya kemuncak "Generating Leaders"...Malam tersebut dinamakan sebagai "Malam Anugerah Juara Segala Juara"...

Majlis yang ala2 Anugerah Skrin ini berjaya menjadikan malam itu penuh gemilang dimulai dengan paluan kompang menyambut ketibaan para VVIP masuk ke dalam dewan...

Daripada pintu masuk dewan, telah terhampar karpet merah menyusur sehingga ke depan pentas...

Seterusnya, 2 orang pelajar yang menjadi pengacara majlis pada malam itu mengambil tempat di atas pentas lalu mengendalikan majlis dengan gaya tersendiri...

Hadirin dan hadirat mengambil tempat masing2 d meja2 bulat yang telah disediakan..hadirin dan hadirat terdiri daripada barisan pelajar setiap rumah sukan, ibu bapa, guru2, VVIP serta artis jemputan. Acara dimulai dengan bacaan doa.Hadirin kemudiannya disajikan dengan pelbagai hidangan oleh para pelayan seperti nasi goreng cina, sate, cendol dan daging kambing panggang..

Sambil menikmati juadah, hadirin dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti tarian zapin, nyanyian pelajar dan nyanyian oleh artis jemputan iaitu nadia dan najwa latiff..

Setiap persembahan akan diselangi dengan penyampaian anugerah kepada rumah2 sukan yang memenangi pelbagai kategori.....

Pada penghujung majlis, diumumkan rumah sukan yang berjaya menjuarai "Anugerah Juara Segala Juara" ialah rumah Cosmos...Tahniah dan syabas diucapkan...

Sekian sahaja coretan ringkas daripada saya...(dh macam buat karangan laporan pun ada...aduyai...p)

Gambar2 di bawah adalah sedikit rentetan peristiwa pada malam tersebut...moh layan sat...



anugerah pakaian paling kelasss-en wan saifudin


anugerah guru paling cute- cik siti sarah illyani


anugerah ex-student paling aktif-saudara rahman dan saudara solleh


anugerah pelayan paling bergaya- 5 gadis manis


anugerah artis baru popular- adik najwa latiff (cinta facebook)


anugerah pemegang dulang paling berpotensi- saudari syahira dan hidayah


anugerah jejaka paling poyos-saudara ismi haqiqi


anugerah dua wajah paling bercahaya- pn azizah dan pn nazlia


anugerah ibu dan anak paling ayu- pn fauziah dan (apa ntah nama budak kecik ni...tlpa plak..heh)


anugerah guru2 corona paling berjiwa bangsa-pn khadijah,pn siti dan pn juliyah


anugerah photographer terbaik t6- pn miszalin


anugerah barisan guru berwajah paling ceria-pn zaleha mardiah,pn rohana,cik nurul akma,pn azmah,pn azillah,pn zairul,cik siti shaera,pn zaleha dan cik siti sarah illyani.


anugerah backdrop bertema 4 rumah sukan paling best- hasil kreativiti pn hafizah, pn nazlia,cik haniza(aku ler tue) dan dibantu oleh 4 orang jejaka gagah 5ikhtisas (zunu,fahmi,takok.lul)


anugerah barisan guru lelaki bergaya ala2 VVIP paling macho-en.fairuz,en.muzaini,en.omar dan en.izuan shah


anugerah anak guru paling suka tengok kamera-anak kak gie


anugerah guru paling cantik barisan giginya-pn azillah dan pn zairul

(sebenarnya, anugerah2 kt atas tu hanyalah ciptaan dan rekaan aku semata2...dan sesungguhnya tidak ada kaitan dgn yg hidup atau pun telah meninggal dunia...jadi,kepada pihak2 yg terlibat,mohon maaf ye...hihi)

p/s; aku perhatikan, semua yg datang malam tu, sgt bergaya dgn pakaian2 yg ada klasss...yg perempuan dgn tudung berlilit2,lelaki plak berkemeja dan ber"tie...bila aku pandang kt diri sendiri.....alamak,segannya nk masuk dewan...baju kurung cotton warna merah bunga2 putih,tudung bawal putih n kamera tersangkut kt leher...sempoi giler...hmmm,masuk jela bt xtau...yg penting perut aku dh berkeroncong nih....hehe...p

No comments:

Post a Comment