Thursday, October 11, 2012

layan blues lagi-episod 3 (PMR 2012)

hari ini
cuaca di luar x berapa nak terik
namun bahangnya terasa amat
angin yg menyapu muka
langsung tidak membawa makna apa
suasana berlalu agak suram dan muram
sejak dari awal jam 2.30 petang tadi

berlalunya detik masa
baru seminit dua
sudah ada calon yg rebah
tak dapat menahan rasa kantuk yg amat
zarah2 udara kasar
dari putaran kipas
mencambahkan lagi
rasa ghairah untuk terus merebahkan kepala
di atas meja kayu berbantalkan
kertas soalan

adalah 3 hingga 4 kali
cuba2 aku sergah calon yg rebah
ah! tidak diendahnya akan aku
agaknya inilah ragam
gelagat manusia bergelar pelajar
tatkala rasa mengantuk
sudah merajai dalam jiwa

aku tetap tidak berputus asa
ku ketuk2 meja dan
ku kuis2 bahu pelajar itu
menggunakan sebatang pen mungkin  miliknya
yg ku pinjam dari atas meja itu

aku cuba bermain ayat
mengajak minda mereka bangkit segar
"kalau mengantuk, pergi tandas basuh muka,
dah siap jawab semua soalan baru boleh tidur"
hmmm...ibarat mencurah air ke daun keladi lagaknya
masih aku tidak diendahkannya
tidak cukup tegaskah gayaku?
sabarlah duhai hati

biarkan sahaja masa mengelus halus
berlalu berpuluh2 minit
biar di akhir penghujung garis waktu
barulah pelajar tadi berasa kalut
cuba mengisi ruang jawapan
biar jadi pengajaran
pedoman keramat
pakai tembak saja jawab...aduhai..

arahan guru pun kau buat tak tahu
umpama masuk telinga kanan
keluar telinga kiri
pasti ada ganjaran hikmah
meksud tersirat di sebalik kata
biar Allah yg tentukan
apa keputusan PMR mu nanti?
luluskah?gagalkah?
kau sendiri yg tanggung
kan?

walau hati tercalit luka
walau sanubari terguris duka
namun di satu sudut paling dalam
di celah2 lubuk nurani
tersimpan kemas satu doa tulus ikhlas
aku panjatkan pada tuhan yg ESA
Allah Taala maha mendengar
moga2 kalian beroleh kejayaan
dalam PMR ini jua masa depan kalian
jadilah insan berguna
generasi terbilang
sebagai pelapis bangsa
zaman berzaman

sekian
coret mencoret
di Bilik 6
3.30 pm
11/10/12
PMR 2012

Wednesday, October 10, 2012

layan blues-episod 2

hujan renyai2
bertempiaran berdecit2
membias udara basah di luar kelas
sedikit tempias
di pinggir kelas
lalu, kelam kelibut
pelajar di pinggir tingkap
mengatup kaget kekisi tingkap nako

begitu juga aku
sedang asyik membelek
satu persatu
tanda pengenalan
bersama slip peperiksaan
bagi memastikan ketelusan
data diri calon
lekas2 mampir
ke tepi tingkap

sekuat tenaga
cuba membantu pelajar2 tadi
mengatup tingkap
saki baki yang masih tinggal
nah! rupanya
hujan sebentar sahaja
bagai angin lalu

hari mulai redup
titis2 hujan mula mengecil
suasana kelas mulai terkawal
hari ini ada 1 peristiwa kecil
tetapi sedikit menggemparkan kelas
dan mencuit perasaanku
di Bilik 2

seorang calon hadir lewat
sedang asyik aku mengira detik jam 2.30 petang
tiba2 suara riuh seisi kelas
menyentak lamunanku
aku kira apa
rupanya calon yg hadir lewat tadi
baru sampai
terkoco2 berkejar ke tempat duduknya
lalu aku bertanya
"ic mana?slip mana?alat tulis mana?"
sekali lagi terkoco2 dia
mencari2 di poket seluar dan teraba2
di seluruh anggota tubuhnya

menggunakan bahasa yg memang
x pernah aku fahami
pelajar tadi cuba berkomunikasi
dengan rakan perempuan sekelasnya
di sudut kiri hujung kelas
lantas pelajar perempuan tadi
menutur kata sindir
"aiya! ic pun x bawa"
aku hanya senyum sinis memandang pelajar itu
sekali lagi dia cuba mengeluarkan wallet nya
lalu terjumpalah ic dan slip peperiksaannya
lega! gaya mulutnya

tepat jam 2.30 petang
aku meminta semua pelajar
mula menjawab soalan
keadaan kembali tenang
lalu, dengan sabar dan tekun
aku tawaf 1 kelas
meneliti ic dan slip
seorang demi seorang pelajar
sampai di tempat pelajar tadi
aku bertanya
"kenapa datang lewat?"
sambil senyum kambing
dia menjawab dengan yakin
"saya pergi makan tadi cikgu"

iya!
jawapan paling jujur
pernah aku dengar
di abad ini...

sekian, coretanku hari ini

3.05pm
Bilik 2
10/10/12

Tuesday, October 9, 2012

PMR 2012

atom2 bosan menunjal2 tubir mata
ruang legar di pucuk memori
lalu membiaskan aura bergelut berhempas pulas
menyusun silang kata
menerbitkan bibit2 ayat atas hamparan
sehelai kanvas
halaman belakang buku
jadual waktu peperiksaan PMR 2012
yg baru ku terima pagi tadi
sekilas anugerah ketua pengawas peperiksaanku
Cikgu Anuar

lalu aku pagi2 lagi
di sekolah ini, di bilik darjah ini
STAB
memulakan tugasan sebagai pengawas peperiksaan
dengan penuh dedikasi dan rasa komited (konon2 jer)
cuba menegaskan diri di hadapan pelajar
yg x pernah aku kenali
moga2 melihat ketegasanku pertama kali
mengikat hati mereka untuk terus mempamer
rasa hormat sepanjang perjalanan tugasanku
5 hari ini

selesai mengedar kertas dan memberi arahan
bermulalah rutin yg paling menjemukan
apalagi terpaksa menunggu masa 2 jam
kertas BM 2

aku melabuhkan duduk di atas
sebuah kerusi antik aku kira
di sudut belakang bilik darjah
suasana sunyi sepi diselangi
bias2 bunyi kipas
berputar memproses lebihan udara
supaya warga kelas tidak terus tenggelam dengan rasa hangat
terima kasih sang kipas
rasa nyaman sejuk yang kau lontarkan
kadang kala tanpa aku sedar menarik2 kelopak mata
supaya jatuh ke bawah (bukan sebab bulu mata panjang sangat)

lantas aku tanpa membuang masa
memudar waktu, ku keluarkan
sebatang pen berdakwat hitam
mula menulis-nulis di atas kertas putih
apa yg ada di minda saat ini
itu yg aku terjemahkan di sini
kadang kala kerana kesibukan kerja
ketidak terurusan hidupku selama ini
menyekat aku untuk berkarya
lalu, di kesempatan yg ada
sambil menoleh-noleh ke arah calon PMR di hadapanku
lancar sahaja pena hitamku
bergerak laju mengukir kata, ayat dan frasa
yg entah apa maksudnya?
moga kalian yg membaca coretanku ini
buat2 faham sajalah
dgn ayatku yg sememangnya
x berapa nak gramatis ini..

sekian sahaja

sampai sini dahulu coretanku....