atom2 bosan menunjal2 tubir mata
ruang legar di pucuk memori
lalu membiaskan aura bergelut berhempas pulas
menyusun silang kata
menerbitkan bibit2 ayat atas hamparan
sehelai kanvas
halaman belakang buku
jadual waktu peperiksaan PMR 2012
yg baru ku terima pagi tadi
sekilas anugerah ketua pengawas peperiksaanku
Cikgu Anuar
lalu aku pagi2 lagi
di sekolah ini, di bilik darjah ini
STAB
memulakan tugasan sebagai pengawas peperiksaan
dengan penuh dedikasi dan rasa komited (konon2 jer)
cuba menegaskan diri di hadapan pelajar
yg x pernah aku kenali
moga2 melihat ketegasanku pertama kali
mengikat hati mereka untuk terus mempamer
rasa hormat sepanjang perjalanan tugasanku
5 hari ini
selesai mengedar kertas dan memberi arahan
bermulalah rutin yg paling menjemukan
apalagi terpaksa menunggu masa 2 jam
kertas BM 2
aku melabuhkan duduk di atas
sebuah kerusi antik aku kira
di sudut belakang bilik darjah
suasana sunyi sepi diselangi
bias2 bunyi kipas
berputar memproses lebihan udara
supaya warga kelas tidak terus tenggelam dengan rasa hangat
terima kasih sang kipas
rasa nyaman sejuk yang kau lontarkan
kadang kala tanpa aku sedar menarik2 kelopak mata
supaya jatuh ke bawah (bukan sebab bulu mata panjang sangat)
lantas aku tanpa membuang masa
memudar waktu, ku keluarkan
sebatang pen berdakwat hitam
mula menulis-nulis di atas kertas putih
apa yg ada di minda saat ini
itu yg aku terjemahkan di sini
kadang kala kerana kesibukan kerja
ketidak terurusan hidupku selama ini
menyekat aku untuk berkarya
lalu, di kesempatan yg ada
sambil menoleh-noleh ke arah calon PMR di hadapanku
lancar sahaja pena hitamku
bergerak laju mengukir kata, ayat dan frasa
yg entah apa maksudnya?
moga kalian yg membaca coretanku ini
buat2 faham sajalah
dgn ayatku yg sememangnya
x berapa nak gramatis ini..
sekian sahaja
sampai sini dahulu coretanku....
No comments:
Post a Comment