Thursday, December 23, 2010

Insya Allah



By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Wednesday, December 22, 2010

MADAH SUMAYYAH


Suamiku,
Bunga semalam telah layu,
Gugur dari jambangannya,
Mujur...
Cinta kita,
Bukan itu lambangnya.

Mulutku telah kaku merayu,
Hatiku malu untuk terus cemburu,
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid,
Yang rindu memburu syahid.

Maaf kiranya tutur dan tingkah,
Senyum dan seri wajah,
Pudar dan hambar di matamu,
Padaku yang baru belajar,
Menjadi seorang mujahida.

Aku kini hanya mendoakan,
Agar kau menjadi Yasir,
Walau kiranya...
Bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum,
Tika kau keluar bermusafir,
Seperti redhanya Siti Hajar,
Waktu ditinggalkan Ibrahim.

Biarlah kita berpisah,
Selalu derita,
Kerana syurga menagih ujian berat,
Sedang neraka itu...
Dipagar ribuan nikmat!

-Pahrol Mohamed Juoi-

(sumber: Majalah Solusi isu no.26)

Thursday, December 16, 2010

MY TOUCH

aku xingat bila mula berjinak2 dgn dunia mengedit gambar ni...tpi yg penting aku belajar basic mengedit ni drp kursus Adobe Photoshop kt sekolah...thanks alot to teacher amy n izuan yg menjadi moderator masa tu....lepas je kursus tu,aku sedikit teruja utk mencuba function2 yg ada kt ADP CS3 tu...rasanya sudah 2 thun berlalu n skrg sedar xsedar dh byak gak la gmbar2 yg aku edit...bukan sahaja mggunakan perisian photoshop,bahkan aku juga try guna photoscape,photofunia dan terbaru picasa..ni la atra hasil sentuhanku yg xberapa excellent pn,tp bole la...

aku try bt cover DVD...jadi ke?


cover majalah pengantin adik aku,bahari..(konon2 je)


dlm bekas telur


2 merpati sejoli


colour+black & white


ni aku saje2 test edit guna perisian picasa...


banner tergantung kt bangunan tak siap..plg senang edit guna photofunia..(tp kena online la)


kedua senang kalo edit guna perisian photoscape..


hmmmm...idea edit mcmni aku dpt ilham dr 1gambar kawin psgn lain..tpi yg ni aku kasi nafas baru ckit.


hmmm..ni wedding kakak sulung...sebagai hadiah perkahwinan...

sbnrnya masih byk lagi perisian2 lain yg boleh digunakan utk mengedit gambar...aku pn masih byk lagi yg perlu belajar...kalo korang ada guna perisian2 lain,apakata share dgn aku...ilmu kalo disebarkan byk manfaatnya kan?

Tuesday, December 14, 2010

HERO-HERO PAK SAMAD


IQRAM AL DARWISH BIN MOHD IQRAM

ni ialah cucu pertama pak samad...darwish..masa ni darwish baby lagi,umur dalam beberapa minggu kot...darwish merupakan cucu pertama sebelah keluarga pak samad n sebelah keluarga pak nayai..so,kehadiran darwish dsambut meriah oleh kedua2 keluarga(maklumler,cucu pertama,jd ktorg sume jakun ckit..dh lama xjmpa budak kecik.hehe)

hmmmm..masa ni darwish dh masuk 4 bulan kot...dh pandai meniarap,tapi xpandai merangkak lg,mengesot pn blum lagi..masih dlm kaedah cuba jaya..hehe

bertatih utk mengesot...push2 byk kali pn,badan ttp xleh nk gerak2...masa ni darwish tembam ckit...gebu..geramnya:D

masa ni darwish dah masuk 1 tahun...besar ckit..dh pandai merangkak n panjat2 pastu jatuh...time ni syok main dgn budak kecik ni,pasal dia dh pandai memahami ckit ckp2 org kt sekeliling..yg pelik,kalo tgok org gelak,dia pn join gelak sama walaupun confirm dia bukannya faham sepatah haram pn apa yg org keliling tgah dok cerita tu..

umur darwish dah masuk 1 tahun 6 bulan kot..dh pandai jalan n lari ckit2...apalagi,meriah la hidup dia..kejar itik,ayam keliling umah..time ni badan darwish dh mulai susut walaupun makan bole tahan byknya...agaknya sebab dh byk tenaga dia kuarkan utk lari sana sini

ni gambar d latest...masa aku menjengah kakak n anak2 buah kt kelate baru2 ni..masa ni darwish dh dekat 2 thun umurnya...dh ada adik pn..time ni plg letih nk jaga darwish pasal dh byk ragam...bunyi2 binatang pn dia dh pandai tiru..tortoise,cat,lembu,lizzard,tiger,ayam...

IQRAM AL MAHDI BIN MOHD IQRAM

ha,yg ni gambar adik darwish...mahdi @ odi.cucu kedua pak samad..masa ni umur mahdi baru seminggu lebih kot...rupa mahdi totally different dgn abgnya darwish..rambut darwish perang n halus,mahdi itam pekat n cacak2 mcm beckham..kulit darwish putih melepak mcm anak cina,mahdi gelap ckit.darwish nmpak mcm lembut n gembing ckit,tp mahdi nampak gagah n berdikari.darwish ada lesung pipit kiri kanan,mahdi xde,tp mahdi suka senyum sokmo dn senyumannya mahdi sgt menawan..kening darwish xjelas sgt,tp kening mahdi itam pekat,jelas n nmpak bersambung...

masa ni umur mahdi dh nk masuk 5 bulan kot...badan dah debab ckit..kalah abgnya..habit mahdi ialah isap jari masa tidur...ikut perangai mak atau ayahnya kecik2 dulu kot..hehe

MOHD SAIFUL ZAQUAN BIN SAIFUL BAHARI

ni plak cucu ketiga pak samad,,zaquan @ imad...mak ayah,atuk nenek dia pggil imad pasal doktor yg sambut zaquan masa lahir nmanya dr imad...hmm,ni anak pertama bahari adik lelaki aku..apa yg menarik ttg zaquan ye?hmm,masa zaquan lahir,mukanya comel sgt,kulit merah2 jambu ckit mcm perempuan..ada lesung pipit kt bwah pipi sblah kanan n kiri mcm darwish gak...so sweet..

time ni umur zaquan dh 3 bulan lebih...badan pn dh mengembang ckit...maklumler,budak kecik..makan tidur jela kejenya..

tamat sudah citer pasal hero2 pak samad...bila pak samad nak dpt heroin plak?itu,kena tggu episod akan dtg la ye...mybe next year?next2 year?or next3333 year..wallahua'lam...just wait n see...adios marigos..ilalliqa'(,")

Wednesday, December 8, 2010

BINGKISAN DOA


"Ya Allah Ya Tuhanku,seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dgn hatiku,titipkanlah kebahagiaan antara kami,agar kemesraan itu kekal abadi,dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Penyayang,seiringkanlah kami melayari hidup ini,ketepian yg sejahtera dan abadi,tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,seandainya telah engkau takdirkan,dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku,luputkanlah dia dari ingatanku,dan peliharalah aku dari kekecewaan,serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,berikanlah aku kekuatan,melontar bayangannya jauh ke dada langit,hilang bersama senja nan merah,agarku bisa bahagia,walaupun tanpa bersama dengannya,dan Ya Allah yang tercinta,gantikanlah yang telah hilang,tumbuhkanlah kembali yang telah patah,walaupun tidak sama dengan dirinya,Ya Allah Ya Tuhanku,pasrahkanlah aku dgn takdirmu,sesungguhnya apa yg telah ditakdirkan,adalah yg terbaik buat diriku ini,kerana engkau Maha Mengetahui,segala yang terbaik buat hambamu ini,Ya Allah cukuplah engkau sahaja,yang menjadi pemeliharaku,di dunia dan juga di akhirat nanti,dengarlah permintaan dan rintihan dari,hambamu yang dhaif ini Ya Allah,jangan engkau biarkan aku bersendirian,di dunia ini mahupun di akhirat nanti,menjuruskan aku ke arah,kemaksiatan dan kemungkaran,maka kurniakanlah bagiku seorang,pasangan yang beriman dan beramal soleh,supaya diriku dan dirinya sama-sama,mendapat keredhaan darimu Ya Allah,dan seterusnya Ya Allah,dapat membina hidup ini,dengan penuh kesejahteraan,ke jalan yang engkau redhai,serta kurniakanlah bagi kami Ya Allah,keturunan yang soleh dan solehah,
Amin...Ya Robbal Alamin...

Friday, November 5, 2010

AKSI DAHSYAT JURUGAMBAR






SUMBER: PHOTOTEACHER

hitam putih kehidupan


jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan

jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda

janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad

jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua

jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Al-marhum

janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

selamat bermuhasabah....

Wednesday, September 1, 2010

"MELAYU, BANGSAKU TERCINTA"


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak
Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun,Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segalanya kehilangan
Melayu itu kaya falsafah
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka

"Karya Dato' Dr. Usman Awang "

Thursday, August 26, 2010

CERITA DI SEBALIK GAMBAR









satu bukti keindahan ciptaan Allah ialah ats makhluknya yang bernama kanak2..aku suka lihat n memerhati reaksi kanak2...mereka ni comel,manis,kecil,lincah,cilik n suci sesuci embun pagi...apatah lagi apbla kita mendalami jiwa anak2 ini...tentu kita dapat membaca apa yg tersirat jauh d sudut hati mereka..walaupun belum petah berbicara,namun segala keletah n aksi2 mereka menggambarkan keinginan hati mereka..mereka sedih,menangis,suka,ketawa,geram,marah semuanya diungkapkan menerusi air muka,tingkah dan perbuatan...hmmm,gambar2 kt atas ni aku shoot menerusi lensaku tanpa anak2 ini sedari...abang dan adik...masing2 khusyuk sdg memebersihkan kaki yg diselaputi pasir stlh mandi di air terjun...mana taknya,makcik mereka mengerah spy mereka membersihkan kaki sebelum berani menjejakkan kaki ke lantai kereta viva kesayangan makciknya..hehe,best gak layan keletah budak2 ni...riang n ceria,mcm xde masalah je..tp,nakalnya hanya Tuhan saja yg tahu...hehe

Thursday, August 19, 2010

PERLAMBANGAN @ SIMBOLIK D SEBALIK GAMBAR


"masa depan

"sayang adik"

"panas terik"

"mana umi ni?"

"senja yang syahdu"

"menuju ke destinasi"

"nur kasih"

"pengembala kecil"

"mendung berarak"

"kalau takut dilambung ombak,usah berumah di tepi pantai"

"hatiku dihempas badai"

"lately,aku ada baca satu buku berkaitan ttg fotografi...penulis tu kata satu2 gambar tu akan jadi lebih bermakna sekiranya kita meletakkan kata kunci tentangnya..dengan bahasa yg lebih indah ialah apabila kita memberi simbolik dan melambangkan gambar itu dgn sesuatu unsur lain..kita selalu mentafsirkan sesuatu perkara secara tersurat,namun jarang melihatnya daripada sudut atau perspektif tersirat..kadang2 luahan secara tersirat akan memberi kesan lebih mendalam dalam jiwa...satu contoh yg penulis tu sebut dalam bukunya.gambar sepasang kekasih sekiranya kita memberi kata kunci "pasangan" ia kurang sesuai..cuba kita simbolikan frasa tersebut kepada "merpati dua sejoli",lebih simbolik dan lebih terkesan kan?"apa pendapat korang dengan kata kunci yg aku letakkan dlm gambar2 kt atas?korg rasa sesuai x?