Wednesday, December 22, 2010

MADAH SUMAYYAH


Suamiku,
Bunga semalam telah layu,
Gugur dari jambangannya,
Mujur...
Cinta kita,
Bukan itu lambangnya.

Mulutku telah kaku merayu,
Hatiku malu untuk terus cemburu,
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid,
Yang rindu memburu syahid.

Maaf kiranya tutur dan tingkah,
Senyum dan seri wajah,
Pudar dan hambar di matamu,
Padaku yang baru belajar,
Menjadi seorang mujahida.

Aku kini hanya mendoakan,
Agar kau menjadi Yasir,
Walau kiranya...
Bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum,
Tika kau keluar bermusafir,
Seperti redhanya Siti Hajar,
Waktu ditinggalkan Ibrahim.

Biarlah kita berpisah,
Selalu derita,
Kerana syurga menagih ujian berat,
Sedang neraka itu...
Dipagar ribuan nikmat!

-Pahrol Mohamed Juoi-

(sumber: Majalah Solusi isu no.26)

2 comments: