Sunday, February 27, 2011

USANG




Rahim Maarof (Fauzi Marzuki / Amran Omar)

Helaian daunan
Yang gugur dari pohon
Mengingatkan daku
Saat dikau berlalu
Sesepi tangkaimu
Begitulah hatiku
Terasing sendiri
Meniti hari

Sejauh manakah
Terdaya ku meredah
Melepaskan diri
Dari belenggu ini
Dipanggang dibakar
Ia takkan pudar
Seraut wajahmu Ku rindu

( korus )
Memori yang usang
Bagai bara merah
Kurasa hangat bahang
Yang menujah (menyala)

Memori yang usang
Mengekori langkah
Diusir dibuang tak terpadam

( solo )

( ulang korus )

sayangnya hatimu
Sepejal tembok batu
Tak bisa dirayu
Dengan airmatamu

Terbuku di hati
Dengan kedegilanmu
Tak daya ku tawan semula
La.. La... Oh... Oh...
La... La... Oh... Oh...
La... La... La... La...
Oh... Oh... Oh... Oh...

FLY WITHOUT WINGS

kali ni shoot xguna DSLR....digital camera biasa je...brand BenQ..







Balik dari bengkel folio nilam,aku singgah sat ke sek....nk amik brg ckit...nk masuk kete,tiba2 nmpak mcm ada benda terbang2 je kt langit...rupa-rupanya,team mylin n team wansai tgh terbangkan depa punya layang2....bt demo kt padang sek dengan berpenontonkan warga smkbt6...tahniah dan syabas aku ucapkan pd team mylin n wansai coz menang byk kategori gak le d festival layang2 pasir gudang aritu...this is the results(2D kite= johan n tmpt ke-4, train kite= johan, wau bulan= tempat ke-3 n ke-10)....berbaloi kan?lawan satu Malaysia tu?bukan calang2 bole menang...mmg hebat!!!respect tol la...fly without wings....

Sunday, February 20, 2011

FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA PASIR GUDANG 2011


team wansai


barisan kontijen team wansai n mylin bersama isteri kesayangan wak satir(baju biru)


sesi pendaftaran


kontijen dr stk kluang tgah berpeluh2 menyiapkan layang2 depa


layang2 bermotif batik...lukisan tangan


bermotifkan flora...guna teknik spray


bermotif fauna..mylin kata kalo guna spray outlook mmg nmpak cantik,tpi xde fine art n susah nk terbangkan nnti coz berat


ni 2D kite drp team mylin..katak sedang menagkap lalat menggunakan lidahnya yg panjang..menarik kan?


layang2 bentuk penyu n ladybird ni dr stk..


barisan wau..


15 feb yg lepas,aku dan kiroh menemani team mylin n team wansai ke sesi pendaftaran utk pertandingan layang2 kategori sekolah di Pasir Gudang..3 biji kete gak le nk ke sana.perjalanan dr kluang ke pasir gudang melalui highway mengambil masa 2 jam lebih..lama gak...jenuh nak sampai..sampai je kt sana,cri wak satir sbb nak amik wau yg dtmpah,pastu terus daftar..masa tu xbyk lagi peserta2 lain yg dh dftar..so kawasan stadium agak lengang jga la..sbb aku n kiroh pegi n balik ari tu jugak,so xbyk la gmbar layang2 yg pelik2 dpt aku tembak...beberapa keping je utk tatapan korang...arini majlis penutup n penyampaian hadiah..aku doakan semoga team mylin n team wansai akan berjaya membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama sekolah..confirm kembang hidung bos nnti..hehe..

sedikit info yg aku dpt ttg festival layang2 kali ni..tapi dlm bahasa inggeris la..korang xpaham,translate sendiri ye..

" Located at the Pasir Gudang Recreational Park, Bukit Layang-Layang is the official site for the annual Pasir Gudang World Kite Festival (Festival Layang-Layang Sedunia), attracting hundreds and thousands of visitors and kiting enthusiasts from all over the world."

The World Kites Festival (Festival Layang-Layang Sedunia), being one of the official events in the Tourism Johor calendar, is being held from now until 20 February 2011 in Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang, Johor. This year's theme - Colouring the Sky (Mewarnai Langit) - highlights kites and Wau Bulan as a recreational and holiday activity, which through the variety of colours and shapes 'colour' the skies.

With local and international traditional Wau Bulan and kite enthusiasts joining in the fun under the sky and sun, the event is expected to attract thousands of visitors and exhibitors.

Expected to be featured in the Malaysia Book of Records is the flying of 3000 kites bearing the KFC logo, as the main sponsor of the World Kites Festival, with the involvement of more than 3000 school children from around Pasir Gudang.

The DYMM Tunku Mahkota Johor would see to the fly off after the Official Ceremony on Saturday 19 February.

Around 707 local and 221 international participants from 30 countries have confirmed participation, with Indonesia having the highest amount with 51, followed by China with 31.
Some of the highlights in the World Kites Festival are:
1. Kites Show from Austria
2. Stunt kite rhythmic show - Double Line
3. Stunt kite Revolution - Quad Line
4. Buggy and Lolly Pop Drop shows
5. Kites and Wau-making workshops conducted by local and international participants
6. Kites exhibitions by Austria, government agencies and private sectors
7. Drawing and colouring contests for children
8. Cultural performances
9. Suara Emas Pasir Gudang - singing competition
10. Shows by local artists- the award-winning Ana Rafali, Aris Ariwatan, Ayai Illusi, Jalil Hamid, Sofaz, Sarah Raisuddin, Farah Asyikin, Nash and many more.
11. A Maulidur Rasul Islamic Forum by acclaimed scholars Dr Ridhuan Tee Abdullah, Dato' Hasan Mahmud Al-Hafiz and Dato' Kamarudin Zakaria.

The closing ceremony of the 16th World Kite Festival would be completed by YB Encik Hoo Seong Chang, Johor Tourism, Domestic Trade and Consumer Affairs Committee chairman at Stadium Perbandaran Johor Bharu on Sunday 20 February.

ANAK ANUGERAH ALLAH



Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6). Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”. Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam.

Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6). Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?

Saturday, February 12, 2011

THANK YOU SIFU

mulanya,agak bermaslah bg aku kalo nak shoot gambar pd waktu malam..sbb gelap without light..dulu,aku igt bila nak shoot kt tempat gelap mesti kena guna flash n ISO yg tinggi..byk kali aku try,tapi hasilnya,gambar xsharp n byk sgt noise..nape ek?penat aku pikir..skrg,lepas berguru dgn sifu firdaus,bt pertama kali aku dpt hasil gambar yg sgt memusakan bila shoot waktu malam...rahsianya,jgn guna flash,jgn guna ISO yg terlalu tinggi...sebaik2nya,wktu mlm,kalo nk shoot landscape,mesti kena guna tripod spy xshake,guna ISO rendah spy xnoise,shutter kena lambat dan aparture kena besar spy byk cahaya drp luar yg bole masuk...kesimpulannya,belajar dengan berguru ni lg cepat dan byk ilmu yg kita dpt..sbbnya,lepas belajar,terus bt praktikal...xde la terkial2 nak test sana sini..hmmm..apa pendapat korang tentang gambar2 kt bawah ni?ok ke?


camera diletakkan secara stabil pada tripod,setting pada F20 dan shutter 20s...guna torchlight handset utk melukis bentuk pokok,tpi xberapa nak menjadi pokok pn..confirm kalo masuk kelas seni,dpt gred plg rendah..heh


pic ni,sifu ktorg malam tu yg btkan...xpasti bentuk apa,tpi rasanya lukisan wave atau abstrak kot..


yg ni sifu tuliskan nama aku guna font tulisan sambung...niza..dapat baca x?


sebelah kiri sekali yg mcm halimunan tu la sifu fotografi ktorg hari tu...miracle kan?cmner rupa ktorg bole elok,tapi sifu plak yg jadi halimunan?xkan la ktorg berguru dgn hantu plak?haha...korang fikir2kan la yee..hehe

d kesempatan ini,aku nak ucapkan time kasih byk2 pd ckgu ktorg aritu,sifu firdaus atas tunuk ajar dan ilmu yg berguna dlm bidang fotografi ni..walaupun satu hari je berguru dgn sifu firdaus dr tghari smpai malam,tapi aku rasa byk gak la ilmu yg dapat aritu...hmm,ada masa n kelapangan lain,insya-Allah bole berguru lagi dgn sifu firdaus...akhir kata,mcm rcgn mentor "tunjuk ajarmu sifu"....(,")

GEMILANG


Hmmmm,cmner nak citer pasal drama ni ye?secara rgkasnya,drama GEMILANG mula disiarkan pd 24 Januari 2011 yg lalu..n drama ni korang bole layan stp hari isnin jam 9-10 mlm di TV3...sekarang drama ni dh masuk episod ke-3..bg aku,apa yg plg menarik kt drama ni selain jalan ceritanya ialah teknik fotografinya...i really impressive melihat scene dan view2 yg cantik,lighting yg terkawal,background bermotifkan kampung dan pewarnaan yg cukup indah betul2 menggambarkan suasana zaman dulu2..dan sebenarnya aku xdela terkejut sgt bila menonton drama yg best ni sbb drama ni hasil buah tangan pengarah kabir bhatia...sudah semestinya hasil buah tangan kabir bhatia stakat ni xpernah mengecewakan..kenapa?kalo korang masih ingat pada filem CINTA,filem SEPI,drama seram KEKASIH KUSERU serta drama yg satu ketika lepas pernah menjadi fenomena rakyat Malaysia iaitu NUR KASIH,sumenya hasil buah tangan pengarah hebat ni...bila menonton buah tangan kabir bhatia ni,xdapat dinafikan mmg sgt menarik dr segi jalan cerita,pghayatan watak pelakon dan sudah semestinya teknik forografi yg cukup cantik...xsabar rasanya nak tonton episod seterusnya drama GEMILANG...pepun,bg yg xpernah lgi menonton drama GEMILANG,kt sini aku post kan ckit sinopsis ttg drama ni..harap2,lepas ni korang pun teruja dan excited nak layan citer ni... selamat menonton!!!

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Senarai Pelakon Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).

Friday, February 4, 2011

BUKAN SENANG NAK BUAT LAYANG2...

location:kg sarang buaya,batu pahat
theme:oh,layang2...(outdoor batu pahat,(part 2)

bukan senang nak buat layang2,tapi nak kata susah sangat,xjugak....yg ptg minat dan kesungguhan...kali ni aku nak berkongsi sedikit pglaman ttg cara2 nk bt layang2..kalo dulu masa zaman aku kecik2,ktorg bt layang2 senang,guna lidi penyapu,suratkhabar atau beg plastik,gam,salotep n benang..bt bentuk yg paling kacang empat segi bujur,berekor sikit..pastu,time ada angin terbangkan ikut suka2..kalo naik,ktorg happy,kalo layang2 xnaik,ktorg pun happy gak..yg ptg dpt main layang2..layang2 naik xnaik,tu belakang kira..hmmm,tapi tu 20 tahun dulu punya cerita..

20 tahun telah berlalu...sekarang,tahun 2011 punya cerita pulak...beberapa minggu yg lepas,aku joint kak lin,wan saifudin n budak2 nih g belajar bt layang2 kt kg sarang buaya...pakcik yg ajar tu ktorg pggil wak satir...dia mmg org lama yg dh pgkat profesional bt layang2...sampai prgkat antarabangsa...kalo xsilap,pernah masuk documentary cara2 bt layang2 dlm rancangan discovery kt astro..punyala hebat org kg sarang buaya ni kan...skrg,minat,bakat dan jejak langkah wak satir ni dh turun pada anak lelaki dia plak..baguihla,ada pewaris..heh..hmm,meh aku kongsi ckit bahan2 nk bt layang2 zaman millenium ni..lidi penyapu tukar kpd guna buluh yg telah diraut2 halus,kertas suratkhabar tukar kpd kertas jagung,n bahan2 lain still sama,guna salotep n benang..tpi tu kalo nak bt malay kite la..kalo nk bt wau lain plak citernya..bahan2 lg berkualiti n mahal2..

mesti korg pelik nape tiba2 nk belajar bt layang2 plak kan?toksah pelik,sbb sbnrnya ni sume pasal festival layang2 kt pasir gudang tu dh dekat..xsilap pertengahan bulan 2 ni..aku xterlibat pn dalam pertandingan tu,cuma saje join kak lin n wan sai bwa bdak2 blajar bt layang2..mdh2an,time festival tu nnti,dpt gak le aku join g lawatan ke sana..teringat kenangan thun 2009 masa bwa bdak2 rk g lawatan ke situ..dpt tgok byk layang2 yg besar2 gedabak,rupa pelik2 tapi menarik..

moh kita layan rakaman d sekitar umah wak satir ni...


belajar meraut buluh n cara2 nak terbangkan layang2 dgn betul...


3 bujang pingitan cuba nak terbangkan layang2 yg beratnya xsampai 100gram pn...


punyalah besar layang2 ni..larat ke kalo sorang je nk terbangkan?...


main buaian bwah pokok mmg syok dtambah angin sepoi2 bahasa...


kaki sape plak la tiba2 jadi border kt cni?...


wak satir yg sempoi..(shoot guna teknik sillhoutte)...


jalan2 d kebun wak satir...moh kita makan angin sat...


dapat pekena air kelapa muda aritu mmg sodaapp....


sume tgah bagi posing cun sblm melangkah pulang...gambar aku plak xde..biasala,jadi tukang amik gambar,mmg gambar sdiri yg xde jwbnya.....:p

ERTI KEMERIAHAN DI SEBALIK TAHUN BARU CINA




buah oren,angpow,cheongsam dan tarian naga.....+ warna merah = apa erti sume ni?pepun,layan dulu citer aku kt bawah ni...

Petang tadi,aku ke bandar Kluang kira-kira jam 3.30 sampai 6.00 petang...teman adik aku beli tiket balik PASUM,kl..esok kol 9.00pagi bas dia dah gerak...aku bukannya nak citer pasal tiket bas tu,tapi aku nak kongsi 1 citer ckit pasal suasana kt bdr kluang masa aku turun tadi...menakjubkan,boleh dikatakan hampir 90% kedai2 yg membanjiri sekitar bandar kluang tutup arini..yg buka,pasar raya2 besar je...agak2 korang kenapa ye?padahal arini bukannya ari ahad...sudah semestinya sbb thun baru cina dan spt yg kita sume sudah sedia maklum,majoriti peniaga yg mempelopori kedai di bandar terdiri daripada kaum cina...cuba korang bayangkan,kalo dh hampir 90% kedai milik org cina,org melayu kerja apa ye?makan gaji?..yup,tepat sekali,termasuk la aku..hehe...

hmmm....toksah citer panjang...jom kita layan sama2 apa erti kemeriahan d sebalik tahun baru cina ni ...(x salah rasanya kalo kita yg bukan org cina tahu dan ambil tahu ttg budaya msyrkt cina ni kan?)

ERTI KEMERIAHAN DI SEBALIK TAHUN BARU CINA...

Mungkin antara kita yang sudah mengenali erti sebenar kata-kata salam seperti ‘Kung Hey Fatt Choy’ ataupun kenapa Tahun Baru Cina dirayakan, akan tetapi, berapa ramaikah antara kita khususnya rakan-rakan dari masyarakat Melayu dan India yang benar-benar mengetahui selok-belok sambutan ini, signifikan dan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina?

Bagi masyarakat Cina, sambutan Tahun Baru Cina ialah masa untuk memperbaharui tenaga, harapan dan impian mereka dan sekiranya tahun sebelumnya tidak berjalan seperti yang dirancang, maka kedatangan tahun baru ini diharap akan membawa perubahan yang lebih positif.

Lazimnya, persiapan untuk menyambut ketibaan tahun baru bermula sebulan lebih awal tetapi dalam konteks kehidupan masyarakat Cina di Malaysia, mereka lebih gemar membuat persiapan di saat-saat akhir. Proses persiapan itu antara lain merangkumi pembelian baju-baju baru, barangan hiasan dan tidak ketinggalan, bahan-bahan makanan.

Sempena ketibaan tahun baru juga, sudah menjadi kemestian untuk pemilik rumah mengemas dan menghiasi kediaman mereka dengan tanglung merah, sepanduk, mercun plastik, tulisan kaligrafi yang memaparkan tema kegembiraan, kemakmuran dan kekayaan serta kad-kad ucapan yang dikirim oleh rakan taulan.

Benda-benda yang dilihat boleh menimbulkan nasib malang seperti penyapu, berus, tong sampah dan penyodok disimpan. Ini bererti, segala aktiviti menyapu tidak boleh dijalankan pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana bimbang tuah itu akan hilang begitu sahaja.

Sekali pun aktiviti menyapu dilakukan, ia perlulah terhad di dalam rumah di mana debu dan sampah-sarap hanya akan disapu dan diletakkan ke bahagian tengah rumah sebelum dialihkan ke bahagian penjuru. Biasanya, longgokan sampah hanya boleh dibuang dua atau tiga hari selepas Tahun Baru Cina.

Apa pun, acara yang dilihat paling penting buat masyarakat Cina pada malam sebelum Tahun Baru Cina ialah makan besar. Bagi masyarakat Cina, makan besar cukup signifikan kerana semua anggota keluarga baik yang jauh mahupun dekat, akan kembali untuk mengeratkan talian perhubungan sesama keluarga di samping menikmati juadah-juadah lazat seperti ayam, ikan, itik, sup sirip ikan yu dan sayur-sayuran kemakmuran (prosperity vegetables).

Selesai sudah menjamah makanan, kesemua anggota keluarga digalakkan untuk berjaga sehingga awal pagi sebagai mematuhi ‘shou sui’ yakni satu amalan yang dipercayai mampu membawa panjang umur kepada kedua ibu bapa. Dalam kalangan anggota keluarga yang gemar berjudi, mereka memanfaatkan kesempatan ini untuk bermain mahjung.

Hari pertama Tahun Baru Cina akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengalu-alukan kedatangan tuhan-tuhan dari syurga dan bumi. Pada hari ini, ramai yang tidak makan daging kerana dipercayai ia menjamin kehidupan mereka sentiasa gembira dan berkekalan. Hari pertama sambutan turut digunakan oleh masyarakat Cina untuk melakukan kunjungan terhadap anggota paling tua dalam keluarga.

Pada hari kedua pula, kebiasaannya menantu perempuan akan kembali ke kampung halaman mereka untuk menziarah kedua ibu bapanya. Kunjungan ini cukup bermakna kerana sering kali anak perempuan yang telah berkahwin tidak mempunyai peluang untuk menziarah keluarganya sendiri. Sepanjang hari kedua, masyarakat Cina turut menyedekahkan doa kepada nenek moyang dan tuhan-tuhan sebagai tanda terima kasih di atas berkat yang diterima selama ini.

Jika hari kedua menantu perempuan melakukan kunjungan ke kampung halamannya, maka hari ketiga dan keempat pula ialah hari di mana menantu lelaki pula memberikan penghormatan kepada ibu bapa mentua. Sepanjang tempoh ini juga, kebanyakan perniagaan yang dimiliki oleh orang Cina masih ditutup. Operasi perniagaan hanya akan dibuka semula pada hari kelima atau keenam.(maknanya,Isnin depan la kedai2 kt bandar tu beroperasi ye)

Berbanding dengan hari-hari sebelumnya, sambutan Tahun Baru Cina pada hari kelima agak berlainan kerana kebanyakan anggota keluarga akan berada di rumah untuk menyambut kedatangan Tuhan Kekayaan. Dikenali sebagai ‘Po Woo,’ tiada aktiviti ziarah-menziarahi rakan mahupun keluarga dijalankan kerana dikatakan boleh membawa nasib malang kepada kedua-dua pihak. Hanya pada hari keenam, barulah aktiviti ziarah-menziarahi dibenarkan.

Bagi masyarakat Cina berketurunan Hokkien pula, hari kesembilan dalam Tahun Baru Cina dilihat sebagai hari paling bermakna bagi mereka. Pada malam sebelumnya, masyarakat Hokkien menyedekahkan doa kepada Maharaja Jed dengan menawarkan barangan seperti tebu. Menurut sejarah lisan, tebu menjadi barangan penting dalam pemujaan Maharaja Jed kerana dipercayai, tebulah yang melindungi masyarakat Hokkien daripada kemungkinan dihapuskan dari muka bumi ini oleh sebuah kumpulan dialek di China.

Sambutan Tahun Baru Cina akan diakhiri pada hari ke-15 dengan perayaan Chap Goh Meh yang mana hari tersebut akan diperingati dengan memakan ‘tangyuan’ (sweet rice ball dumpling soup). Namun bergantung kepada kawasan-kawasan tertentu dan dalam konteks masyarakat Cina, Chap Goh Meh juga dirayakan sebagai festival Tanglung ataupun Hari Kekasih.

SambutanTahun Baru Cina juga tidak lengkap tanpa pemberian angpau, mercun dan tarian singa. Sebutan angpau yang berasal dari loghat Hokkien merujuk kepada sampul merah. Hanya pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga akan memberikan angpau kepada mereka yang belum berkahwin. Penggunaan mercun dalam Tahun Baru Cina juga signifikan kerana bunyi bising yang dihasilkan dan warna merah pada mercun berupaya menakutkan seekor raksasa dipanggil ‘Nian’ yakni sejenis raksasa yang memakan manusia.

Sesungguhnya, kedatangan Tahun Baru Cina hari ini membuka peluang keemasan kepada setiap orang bagi merenung kembali dan menilai segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu.

WARNA MERAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA...

Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.


Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.