Saturday, February 12, 2011

GEMILANG


Hmmmm,cmner nak citer pasal drama ni ye?secara rgkasnya,drama GEMILANG mula disiarkan pd 24 Januari 2011 yg lalu..n drama ni korang bole layan stp hari isnin jam 9-10 mlm di TV3...sekarang drama ni dh masuk episod ke-3..bg aku,apa yg plg menarik kt drama ni selain jalan ceritanya ialah teknik fotografinya...i really impressive melihat scene dan view2 yg cantik,lighting yg terkawal,background bermotifkan kampung dan pewarnaan yg cukup indah betul2 menggambarkan suasana zaman dulu2..dan sebenarnya aku xdela terkejut sgt bila menonton drama yg best ni sbb drama ni hasil buah tangan pengarah kabir bhatia...sudah semestinya hasil buah tangan kabir bhatia stakat ni xpernah mengecewakan..kenapa?kalo korang masih ingat pada filem CINTA,filem SEPI,drama seram KEKASIH KUSERU serta drama yg satu ketika lepas pernah menjadi fenomena rakyat Malaysia iaitu NUR KASIH,sumenya hasil buah tangan pengarah hebat ni...bila menonton buah tangan kabir bhatia ni,xdapat dinafikan mmg sgt menarik dr segi jalan cerita,pghayatan watak pelakon dan sudah semestinya teknik forografi yg cukup cantik...xsabar rasanya nak tonton episod seterusnya drama GEMILANG...pepun,bg yg xpernah lgi menonton drama GEMILANG,kt sini aku post kan ckit sinopsis ttg drama ni..harap2,lepas ni korang pun teruja dan excited nak layan citer ni... selamat menonton!!!

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Senarai Pelakon Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong).

No comments:

Post a Comment