Saturday, April 2, 2011

SUNGAI LUI- adakah sekadar lrik pada lagu?


Lirik lagu Sungai Lui-Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini


Sejarah Kg.Sungai Lui

Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.

Mengikut kata orang tua , nama Sungai Lui diambil sempena dengan nama orang asli (LUI) yang mula-mula mendiami kampung ini. Pada 1900an, peneroka tanah dari Bukit Nanas, Seputeh, Subang dan Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur telah diarahkan berpindah oleh kerajaan kerana ingin menjadikan kawasan tersebut kawasan bandar. Penghulu Mukim Hulu Langat ketika itu, Encik Abdul Jalil telah membawa mereka ke Hulu Langat untuk dijadikan kawasan penempatan baru. Di sini mereka telah berpecah dengan menetap di Semungkis, Pansoon dan Sungai Lui.

Ketika itu, pedagang Cina juga datang untuk membijih di sungai sungai dengan mendulang. Terdapat juga cerita yang mana perkataan "LUIT" iaitu teloh orang Cina yang bermakna "DUIT" menjadi popular kerana banyaknya keuntungan dari mendulang bijih timah hingga perkataan itu menjadi sinonim dengan kawasan tersebut. Di samping itu orang asli yang sama sama meneroka juga bernama LUI, maka nama tersebut diambil dan disatukan dengan sungai yang mengalir di tengah tengah kampung ini.

Kampung ini terbahagi kepada Kampung Kota Petai, Kampung Tanjung Pauh, Kampung Batu 20, Kampung Haji Hassan, Kampung Masjid, Kampung Bharu, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Gabai, Kampung Tengah Batu 23, Kampung Tuntong, Kampung Batu 25 dan Kampung Paya Lebar. Penduduknya dianggarkan seramai 5 000 orang.

Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah sebuah sekolah rendah, sekolah rendah agama, klinik desa, masjid, padang awam, gelanggang futsal, pusat sumber desa, dewan orang ramai,tanah perkuburan, beberapa balairaya, bangunan belia 4B dan taman permainan.Selepas pilihanraya umum 12 akibat kekalahan Barisan Nasional maka pentadbiran kampung telah dibahagikan kepada dua satu JKKK di bawah kerajaan negeri dan satu lagi JKKP dibawah persekutuan. Pentadbiran baru JKKK Batu 20 Sungai Lui diterajui oleh En Muhammad Jalil bin Abdul Rahman dan Pentadbiran JKKK Batu 21 adalah En. Mohamad Alias bin Haji Ali.Sementara JKKP pula diterajui oleh Tuan Haji Hassan bagi JKKKP batu 20 dan Tuan haji Samad bagi JKKKP batu 21.

Kebanyakkan penduduknya berkerja sebagai kakitangan kerajaan, pekerja kilang, berniaga, petani, dan bekerja sendiri. Pada amnya 99% penduduknya terdiri dari orang Melayu. Walaupun penduduknya terdiri dari keturunan Kerinci dan Minangkabau namun mereka hidup dengan aman dan harmoni. Bergotong royong pada sesuatu majlis perkahwinan atau kenduri kendara masih diamalkan. Kampung ini terkenal dengan kumpulan Silat Pedang yang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan. Pertarungan menggunakan pedang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan dan acara-acara lain.

4 comments:

  1. abis tu knpe dia buat lgu ni???

    ReplyDelete
  2. ntahle...agaknya aizat pernah g sg lui,pastu dia rasa tempat tu menarik,so dia abadikan dlm lagu...tapi,kalo tgok lirik mcm xde kaitan dgn sejarah sg lui je...apa pendapat awak plak?

    ReplyDelete
  3. bole saya bg pndapat .. sy rase lagu ni bile dgr lebih kpd kedamaian ,kepercayaan . muzik die tenang so lebih kearah sungai yg mgalir.. alatan musik angklung. dia guna alat musik yang diperbuat dari buluh dalam kategori idiofon .. sgt unik bile dengar je da dpt mgambarkan suasana . im i right?;)

    ReplyDelete
  4. i think some points, maybe u r right...well, different people, different the way they think

    ReplyDelete