Thursday, June 9, 2011

CAMERON HIGHLANDS, SATU KENANGAN

musim cuti sekolah bermula.....xsabar aku nk g tempat ni...lama dah aku teringin nk ke sana,tpi xpernah2 sampai pn lagi....cita2 dan hajat aku sejak d bangku sekolah lagi....sampaikan masa isi borang posting pn aku letak nama tempat ni sbg tmpat pertama aku nk posting...tpi, xde rezeki kan....xdapatlah posting kt sana...pepun,xkisah,yg ptg aku dh pun menjejakkan kaki aku bt kali pertama ke sana....Cameron Highlands...excited giler nk g sana...walaupun ada bbpa org kwan aku kata tmpat tu xde apa,biasa je...tapi,ada aku kisah?aku xpernah pergi lgi kan....so,aku mesti ke sana.....bersama adik pempuan,kawanku kiroh n 2 sepupunya,zaleha suami isteri...ktorg bercuti ke cameron...3 hari 2 malam..ok la kan...puas gak la berjalan2...sejuk bebenor kt sana terutamanya wktu mlm n pagi... mau beku otak...heh...kalo ada peluang n ruang,aku nk ke sana lagi...xhabis xplore..

kt bwah ni gambar2 yg aku rakamkan sepanjang berada d cameron...korang layan la jap yea....panorama2 indah d cameron


d kebun sayur....dalam perjalanan balik


d farm bee....dlm perjalanan balik


d air terjun lata iskandar...on d way balik,ikut tapah


d bharat tea plantation....sehijau warna daun teh...on d way balik

d
cactus valley...hari pertama d cameron


cactus valley


d strawberry farm kt kg tmn sedia....kebun strawberry ni milik org melayu


kebun strawberry


aku saje letak pic ni sorg2 kt cni...spy korg dpt tgok lebih jelas...pokok ni aku rasa agak menarik dr yg lain...mcm pokok kt oversea kan?


ni plak tempat pertama yg ktorg lawat masa hari kedua kt cameron...mardi..mcm2 ada kt dlm ni,kebun strawberry,kebun bunga,ladang teh,kebun epal,anggur etc...


mardi,cameron


mardi,cameron


pasar brinchang.....malam pertama n malam kedua ktorg shopping2....sejuknya angin malam cameron

SEKILAS PANDANG TENTANG CAMERON HIGHLANDS

cameron tu apa?

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

mana dapat nama cameron?

Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

cmner nk g cameron? n apa yg ada kt sana?

Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

best sangat ke kt cameron tu?

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment