Sunday, June 12, 2011

SUTERA BIDADARI-RAMLEE AWANG MURSHID

Ramlee Awang Murshid, satu nama yang dah cukup terkenal dalam dunia penulisan. Sutera Bidadari sebuah ceritera epik thriller. Pembaca setia novel RAM sure dah tahu kehebatan novelis ni dalam menulis cerita genre macam ni.



Novel yang bertajuk Sutera Bidadari ni adalah sambungan kepada tetralogi Bagaikan Puteri. Sutera Bidadari ni adalah sambungan kepada 4 buah novel RAM sebelum ni. Semua novel ni memang best. Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi.



Sutera Bidadari ni masih lagi menceritakan tentang perjuangan Laksamana Sunan. Jom baca sinopsis novel Sutera Bidadari...

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.


Lepas baca sinopsis ni sure semakin excited nak baca Sutera Bidadari. Tapi nasihat aku sebelum baca novel ni korang kena baca 4 novel sebelumnya yang aku ada tulis kat atas tadi. Sebab novel ni bersambung-sambung. So that, korang takdelah pening terkejut bila baca novel Sutera Bidadari ni. Komen aku, tetralogi Bagaikan Puteri ni memang gempak! Sangat best! Sutera Bidadari pun mesti best jugak sebab RAM tak pernah menghampakan. Buah fikiran,idea dan jalan cerita walaupun novel ni bersiri2,bagi aku semua isinya fresh...stp novel digarap dgn penuh teliti dan bahasa yg puitis...kadang2 xtercapai d akal bhwa ada seorang anak seni yg boleh tulis cerita mcm ni...walaupun cerita ni fiksyen semata2,tpi kdg2 aku rasa mcm watak saifuddin tu mmg betul2 wujud dlm dunia realiti...sangat terkesan...konklusinya,byk nilai2 murni yg boleh kita peroleh dlm cerita ni....Memang teruja habis...!

2 comments:

  1. Setiap novel2 tulisan RAM memang best2,ianya mengajak kita berfikir,sambil cuba menyelami kewujudannya adanya alam lain yg tak terungkai dek akal,mari ramai2 baca novel2 tulisannya, pasti tak jemu punya.

    ReplyDelete
  2. http://ibnalong91.blogspot.com/2011/06/cinta-si-insomnia.html

    tapi cerita dia lagi sedap dari cerita saya ni...try tgok budak civil buat cerpen...hihih

    ReplyDelete