Wednesday, December 8, 2010

BINGKISAN DOA


"Ya Allah Ya Tuhanku,seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dgn hatiku,titipkanlah kebahagiaan antara kami,agar kemesraan itu kekal abadi,dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Penyayang,seiringkanlah kami melayari hidup ini,ketepian yg sejahtera dan abadi,tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,seandainya telah engkau takdirkan,dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku,luputkanlah dia dari ingatanku,dan peliharalah aku dari kekecewaan,serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,berikanlah aku kekuatan,melontar bayangannya jauh ke dada langit,hilang bersama senja nan merah,agarku bisa bahagia,walaupun tanpa bersama dengannya,dan Ya Allah yang tercinta,gantikanlah yang telah hilang,tumbuhkanlah kembali yang telah patah,walaupun tidak sama dengan dirinya,Ya Allah Ya Tuhanku,pasrahkanlah aku dgn takdirmu,sesungguhnya apa yg telah ditakdirkan,adalah yg terbaik buat diriku ini,kerana engkau Maha Mengetahui,segala yang terbaik buat hambamu ini,Ya Allah cukuplah engkau sahaja,yang menjadi pemeliharaku,di dunia dan juga di akhirat nanti,dengarlah permintaan dan rintihan dari,hambamu yang dhaif ini Ya Allah,jangan engkau biarkan aku bersendirian,di dunia ini mahupun di akhirat nanti,menjuruskan aku ke arah,kemaksiatan dan kemungkaran,maka kurniakanlah bagiku seorang,pasangan yang beriman dan beramal soleh,supaya diriku dan dirinya sama-sama,mendapat keredhaan darimu Ya Allah,dan seterusnya Ya Allah,dapat membina hidup ini,dengan penuh kesejahteraan,ke jalan yang engkau redhai,serta kurniakanlah bagi kami Ya Allah,keturunan yang soleh dan solehah,
Amin...Ya Robbal Alamin...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aminnn..jgn lupe follow my blog cik nas....www.zwansh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. plzz be my follower en.zwanshah...hehe

    ReplyDelete