Thursday, October 11, 2012

layan blues lagi-episod 3 (PMR 2012)

hari ini
cuaca di luar x berapa nak terik
namun bahangnya terasa amat
angin yg menyapu muka
langsung tidak membawa makna apa
suasana berlalu agak suram dan muram
sejak dari awal jam 2.30 petang tadi

berlalunya detik masa
baru seminit dua
sudah ada calon yg rebah
tak dapat menahan rasa kantuk yg amat
zarah2 udara kasar
dari putaran kipas
mencambahkan lagi
rasa ghairah untuk terus merebahkan kepala
di atas meja kayu berbantalkan
kertas soalan

adalah 3 hingga 4 kali
cuba2 aku sergah calon yg rebah
ah! tidak diendahnya akan aku
agaknya inilah ragam
gelagat manusia bergelar pelajar
tatkala rasa mengantuk
sudah merajai dalam jiwa

aku tetap tidak berputus asa
ku ketuk2 meja dan
ku kuis2 bahu pelajar itu
menggunakan sebatang pen mungkin  miliknya
yg ku pinjam dari atas meja itu

aku cuba bermain ayat
mengajak minda mereka bangkit segar
"kalau mengantuk, pergi tandas basuh muka,
dah siap jawab semua soalan baru boleh tidur"
hmmm...ibarat mencurah air ke daun keladi lagaknya
masih aku tidak diendahkannya
tidak cukup tegaskah gayaku?
sabarlah duhai hati

biarkan sahaja masa mengelus halus
berlalu berpuluh2 minit
biar di akhir penghujung garis waktu
barulah pelajar tadi berasa kalut
cuba mengisi ruang jawapan
biar jadi pengajaran
pedoman keramat
pakai tembak saja jawab...aduhai..

arahan guru pun kau buat tak tahu
umpama masuk telinga kanan
keluar telinga kiri
pasti ada ganjaran hikmah
meksud tersirat di sebalik kata
biar Allah yg tentukan
apa keputusan PMR mu nanti?
luluskah?gagalkah?
kau sendiri yg tanggung
kan?

walau hati tercalit luka
walau sanubari terguris duka
namun di satu sudut paling dalam
di celah2 lubuk nurani
tersimpan kemas satu doa tulus ikhlas
aku panjatkan pada tuhan yg ESA
Allah Taala maha mendengar
moga2 kalian beroleh kejayaan
dalam PMR ini jua masa depan kalian
jadilah insan berguna
generasi terbilang
sebagai pelapis bangsa
zaman berzaman

sekian
coret mencoret
di Bilik 6
3.30 pm
11/10/12
PMR 2012

Wednesday, October 10, 2012

layan blues-episod 2

hujan renyai2
bertempiaran berdecit2
membias udara basah di luar kelas
sedikit tempias
di pinggir kelas
lalu, kelam kelibut
pelajar di pinggir tingkap
mengatup kaget kekisi tingkap nako

begitu juga aku
sedang asyik membelek
satu persatu
tanda pengenalan
bersama slip peperiksaan
bagi memastikan ketelusan
data diri calon
lekas2 mampir
ke tepi tingkap

sekuat tenaga
cuba membantu pelajar2 tadi
mengatup tingkap
saki baki yang masih tinggal
nah! rupanya
hujan sebentar sahaja
bagai angin lalu

hari mulai redup
titis2 hujan mula mengecil
suasana kelas mulai terkawal
hari ini ada 1 peristiwa kecil
tetapi sedikit menggemparkan kelas
dan mencuit perasaanku
di Bilik 2

seorang calon hadir lewat
sedang asyik aku mengira detik jam 2.30 petang
tiba2 suara riuh seisi kelas
menyentak lamunanku
aku kira apa
rupanya calon yg hadir lewat tadi
baru sampai
terkoco2 berkejar ke tempat duduknya
lalu aku bertanya
"ic mana?slip mana?alat tulis mana?"
sekali lagi terkoco2 dia
mencari2 di poket seluar dan teraba2
di seluruh anggota tubuhnya

menggunakan bahasa yg memang
x pernah aku fahami
pelajar tadi cuba berkomunikasi
dengan rakan perempuan sekelasnya
di sudut kiri hujung kelas
lantas pelajar perempuan tadi
menutur kata sindir
"aiya! ic pun x bawa"
aku hanya senyum sinis memandang pelajar itu
sekali lagi dia cuba mengeluarkan wallet nya
lalu terjumpalah ic dan slip peperiksaannya
lega! gaya mulutnya

tepat jam 2.30 petang
aku meminta semua pelajar
mula menjawab soalan
keadaan kembali tenang
lalu, dengan sabar dan tekun
aku tawaf 1 kelas
meneliti ic dan slip
seorang demi seorang pelajar
sampai di tempat pelajar tadi
aku bertanya
"kenapa datang lewat?"
sambil senyum kambing
dia menjawab dengan yakin
"saya pergi makan tadi cikgu"

iya!
jawapan paling jujur
pernah aku dengar
di abad ini...

sekian, coretanku hari ini

3.05pm
Bilik 2
10/10/12

Tuesday, October 9, 2012

PMR 2012

atom2 bosan menunjal2 tubir mata
ruang legar di pucuk memori
lalu membiaskan aura bergelut berhempas pulas
menyusun silang kata
menerbitkan bibit2 ayat atas hamparan
sehelai kanvas
halaman belakang buku
jadual waktu peperiksaan PMR 2012
yg baru ku terima pagi tadi
sekilas anugerah ketua pengawas peperiksaanku
Cikgu Anuar

lalu aku pagi2 lagi
di sekolah ini, di bilik darjah ini
STAB
memulakan tugasan sebagai pengawas peperiksaan
dengan penuh dedikasi dan rasa komited (konon2 jer)
cuba menegaskan diri di hadapan pelajar
yg x pernah aku kenali
moga2 melihat ketegasanku pertama kali
mengikat hati mereka untuk terus mempamer
rasa hormat sepanjang perjalanan tugasanku
5 hari ini

selesai mengedar kertas dan memberi arahan
bermulalah rutin yg paling menjemukan
apalagi terpaksa menunggu masa 2 jam
kertas BM 2

aku melabuhkan duduk di atas
sebuah kerusi antik aku kira
di sudut belakang bilik darjah
suasana sunyi sepi diselangi
bias2 bunyi kipas
berputar memproses lebihan udara
supaya warga kelas tidak terus tenggelam dengan rasa hangat
terima kasih sang kipas
rasa nyaman sejuk yang kau lontarkan
kadang kala tanpa aku sedar menarik2 kelopak mata
supaya jatuh ke bawah (bukan sebab bulu mata panjang sangat)

lantas aku tanpa membuang masa
memudar waktu, ku keluarkan
sebatang pen berdakwat hitam
mula menulis-nulis di atas kertas putih
apa yg ada di minda saat ini
itu yg aku terjemahkan di sini
kadang kala kerana kesibukan kerja
ketidak terurusan hidupku selama ini
menyekat aku untuk berkarya
lalu, di kesempatan yg ada
sambil menoleh-noleh ke arah calon PMR di hadapanku
lancar sahaja pena hitamku
bergerak laju mengukir kata, ayat dan frasa
yg entah apa maksudnya?
moga kalian yg membaca coretanku ini
buat2 faham sajalah
dgn ayatku yg sememangnya
x berapa nak gramatis ini..

sekian sahaja

sampai sini dahulu coretanku....

Sunday, September 2, 2012

Medan - Brastagi - Parapat (3 hari 2 malam) - hari 1

cuti pertengahan tahun yang lepas, aku, bay , n 2 orang lagi kawan sekolah dia gerak ke medan indonesia...asalnya,kawan bay kak naza yg ajak bay,tiba2 aku pon bole terjoin sama..hehe...tiket flight tgh murah time tu pergi balik RM280 je seorang...so,aku pun ckp dgn bay on je...1st time aku n bay naik flight n melancong ke indonesia, mmg excited xterkata la...hehe...flight ktorg gerak dr LCCT lebih kurang kol 5.30 ptg kot...aku pn dh terlupa sbb lambat sgt post trip ni dlm blog...p rugi gak satu hari sbb smpai medan dh ptg sgt...pjlnan naik flight xde lah lamer sgt..lebih kurang 30-40 minit je..mmgg xsempat nk tido la sbb teruja tgok pramugari yg cun2...seat ktorg ada plak org laen duduk,so trpaksa la ktorg beralah duduk tmpat laen..hajat aku nk duduk sebelah tgkap tgok pmndangan bwah mmg x kesampaian laa..ishk..sedikit kecewa...sabor niza... 

ni dalam flight air asia lyan snap dgn bay
Pramugari air asia tgh terkial2 demo guna jaket kslmatan...pakai skirt...mmg cuci mata la jejaka2 yg tgok...xleh ke diorg tukar paradigma ckit pkai baju kurung...bukan ke baju kurung tu baju kebangsaan...tgok pun sopan je..barulah melambangkan jati diri sbg rakyat malaysia yg kaya dgn adat melayu....p..nk kena habaq dgn PM nih...
sampai je lapangan terbang kt medan, kak naza solat asar jap..peliknya aku tgok surau kt cni...ruangan solat lelaki dgn perempuan campur je,xde tirai pun..terkejut kak naza dlm tu..ktorg dh bt jamak takhir kt LCCT tadi,so tggu kak naza siap je..kt cni kita akan jadi muda sejam sbb waktu kt Indonesia awal sejam dari Malaysial...gerak dr LCCT kol 5.30 n sampai kt Medan pun masih 5.30 lagi...mmg awet muda sejam..heh..lpas bbrapa minit,brulah pemandu pelancong ktorg sampai..namanya DANU..tgok umur mcm muda lagi...dlm lingkungan 24-26 tahun....transportation yg ktorg dpt mmg best  KIJANG @ kt Malaysia sebut MPV..4 org pelancong dibawa berjalan2 naik MPV mmg best la...layanan 1st class...pemandu pelancong pun sgt ok...ramah xterkata...tapi yg kelakornya, xsempat pemandu pelancong nk perkenalkan diri lagi,kak naza,kak ilah n bay dh riuh2 kt blakang...mmg dh kalo namanya cikgu byk cakapnya,bkan stkat kt sekolah je, kt lain2 tempat pun sama....siap kena perli dgn DANU, "aik,igtkan dh xingat nk tanya nama saya"..hehe...sorry ye PAK DANU
ada beberapa BANNER yg masyarakat kt cni bt secara tradisional..aku pn xpasti bahan daripada apa..yg penting di kiri kanan jalan byk BANNER SELAMAT DATANG dipasang...hmm,meriah jalan.
perjalanan daripada pekan MEDAN ke BRASTAGI sepatutnya xde lah lama sgt,tpi disebabkan kt pekan MEDAN ni jam teruk,maka perjalanan menjadi berjam2....lagila,tgh hujan renyai2,pokok tumbang,maka semakin jam la jalan...nasib baik DANU dlm kereta byk bercerita, maka xdelah bosan sgt...satu yg aku kagum dgn pemandu kt cni,stp kali nk memotong,diorang mesti bunyikan hon utk bgthu pemandu lain akan kehadiran diorang,n masing2 selalunya akan beralah bagi laluan kepada pemandu lain,sikap tolak ansur masyarakat kt cni mmg sgt mengagumkan...sbb tulah DANU kata kt cni,jarang berlaku xcident sbb semua pemandu bertolak ansur...jauh beza dgn budaya msyrkt malaysia..kalo bunyi HON tu maksudnya xpuas hati n susah nak tgok tolak ansur d jalan raya..sbb tulah xcident byk kt Malaysia..
kt trafic light cni,jgn berani2 buka tingkap kereta, sbb byk peminta sedekah yg akan dtg buat muka sedih....contohnya kt dalam gambar ni..siap bwa alat muzik dkat2 dgn tgkap kereta...inilah antara pemandangan kurang menyenangkan kt kawasan ni...
ktorang sampai HOTEL HORRISON dekat jam 10 malam kot...aku tgok pelayan hotel pun dh ngantuk nk layan ktorg makan malam...lewat sgt smpai sbb jalan jam teruk tadi....makanan pn dh sejuk...hmm dh lapor sgt,so telan jelah apa yg dihidang...bismillah....
ni sup tomato...sedap gak..jemput la ye kalo xsegan....p...lpas dinner,ktorg trus check in,solat,n tido..penat xterkata...xsabor nk menempuh perjalanan hari esok plak....jumpa lagi d post hari kedua ye...selamat melancong ke MEDAN!!!..


SALAM......ILALLIQA'

Saturday, May 12, 2012

kematian........

setiap yg datang pasti akan pergi... setiap yg hidup pasti akan mati.... hari penuh syahdu....buat kak yat n anak2.... pemergian suami tercinta benar2 menguji ketabahan dan kecekalan hati seorang wanita bergelar isteri dan ibu kepada 5 orang anak ini... petang jumaat smlm, kami cikgu2 t6 sempat menziarahi arwah di hospital Sultanah Aminah JB sebelum pemergiannya pada malam tadi.. keadaan arwah yg sedang nazak dan bertarung nyawa cukup menginsafkan diri... betapa benarlah janji Allah... setiap yang hidup pasti akan mati... maka "bekerjalah kamu seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah2 akan mati pada hari esok.... dapat kami saksikan betapa tabahnya kak yat menempuh dugaan yg pada aku cukup besar ini... takziah aku ucapkan kpd kak yat sekeluarga... sama2lah kita doakan semoga ruh allahyarham dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 yg beriman...Insya Allah... buat farhana n faezah, jagalah adik2 mu sepenuh hati.... kerana xkan mampu ibumu menanggung tanggungjawab sbg ibu dan bapa seorang diri tanpa sokongan dan bantuan darimu kakak2 yg sulung.. dan gapailah kejayaan yg cemerlang dlm PMR dan SPM yang tidak lama lagi ini... cikgu doakan,semoga kalian beroleh kejayaan di dunia mahupun akhirat...Insya Allah... CIKGU NIZA....

Sunday, January 8, 2012

Laksa Ikan Selayang

laksa ni kak ita yg ajar aku...kalau dulu selalunya aku bt laksa guna ikan kembung, la ni guna ikan selayang..ikut petua kak ita ikan selayang rasenya lebih manis dan isinya lebih banyak..

bahan-bahan bt kuah laksa:
1)ikan selayang (bgtg pada saiz,kalo kecik amik ler 15 ekor, kalo besar 8 atau 9 ekor)
2)lada kering yg telah dibuang biji,direbus n diblender(bergantung msing2,kalo nk pedas bubuh banyak2 sikit)
3)bawang besar 5 atau 6 ulas
4)2 kiub ikan bilis (tapi,aku xsuka letak kiub sbb dlmnya ada pak aji naik moto, maka aku gantikan kiub tu dgn ikan bilis kecil segenggam)
5)4-6 batang bunga kantan (dibelah dua)
6)seikat daun kesum
7)10-12 asam keping (kalo asam keping tu jenis yg masam sokmo,jgn bubuh byk sgt,nnti kuah jadi masam sokmo)
7)gula dan garam secukup rasa

bahan2 hiasan/aksesori:
1)cili padi dihiris halus
2)bawang besar dihiris halus
3)telur rebus
4)timun dihiris halus
5)daun selum dihiris halus
6)limau kasturi

cara2 nk bt kuah laksa ikan selayang:
1)siang ikan selayang, basuh n rebus dalam periuk,masukkan sekali beberapa keping asam keping n 2 sudu garam (supaya bahan2 tu resap dlm ikan masa awal2 lagi)..rebus sehingga ikan masak
2)asingkan isi ikan drp tulangnya
3)blender isi ikan selayang tu menggunakan air rebusan ikan tadi, masuk dalam periuk
4)blender tulang ikan guna air rebusan, tapis n masuk dalam periuk yg sama
5)blender bawang merah bersama segenggam ikan bilis, masuk dalam periuk yg sama
6)masukkan lada kering yg telah diblender tadi ke dalam periuk yg sama
7)tambah air masak dalam periuk, idupkan api sdrhana besar,masukkan lebihan asam keping, gula n garam secukup rasa
8)bila kuah dh dekat mendidih, masukkan plak bunga kantan n daun kesum..
9)tunggu sehingga 10-15 minit...
10)kuah laksa siap untuk dihidangkan
11)jgn lupa plak mee laksanya...cari periuk lain..mee laksa tu rendam dalam air mentah dulu,sementara tunggu air dalam periuk mendidih...bila dh mendidih, baru masukkan mee laksa tu n buang air mentah tadi...rebus mee laksa sehingga lembut dan sesuai utk dimakan...kalo masih xlembut,tpi air dalam periuk dh makin susut,jgn tambah dgn air suam biasa,tapi tambah dgn air panas,ada paham?hehe...lg satu,sbg ingatan,jgn masukkan mee laksa tu dlm periuk selagi air dlm periuk tu belum mendidih,kalo masukkan juga,nnti mee laksa tu akan jadi hancur putus2...

p/s: sebenarnya,semakin byk kali kita panaskan kuah laksa tu, maka makin sedaplah rasenya....sbb tu aku suka makan laksa berhari-hari panaskan kuahnya...

akhir kata, selamat mencuba resepi laksa ikan selayang!!!...mudah2an rasenya seperti yg diharapkan...hehe...p

gambar2 kt bawah ni, aku snap guna nokia C3 kt dapur umah lepas siap masak laksa...selamat menjamu selera....